Wednesday, February 3, 2010

salam,
setiap org Allah datangkan ujian sesuai dengan kemampuannya.

bende ni kita selalu dengar kan?

setiap hari, setiap org, tiap tempat ada perancangan Allah terhadapnya.

betapa Allah sgt sygkan kita, satu persatu langkah kita ditutun..
diberikanNya kita ujian-ujian demi ujian,


bukan utk membebankan kita.
Allah nk lihat bagaimana cara kita respond.
Apakah kita mencuba dengan cara terbaik untuk mengikut kehendakNya,

atau pada waktu kita hanya fikir

kita..aku.. sahaja!

aku sakit hati!
dia tak patut buat camtu!
ape jenis org ni!

istighfar sahabat2 ku,,


Allah mempunyai perancangan yang sangat teliti terhadap kita.
dihadirkan manusia-manusia bernama Ahmad, Siti, Noor, dan lain2 ke dalam hidup kita dan tujuanNya hanya satu.

iaitu sebagai ujian terhadap kita.

kalau Siti malukan anda dihadapan org ramai,
tak pun Ahmad mencanang2 nama anda, menyatakan perkara yang bukan kebenaran.

Apa tindakan anda?

menjadi manusia biasa sahaja?

rasa marah?

rasa tak patot?

rasa macam nk balas balik perbuatan diaorg?

rasa semua org patut tahu diaorg ni sbnrnye camne.

ataupun menjadi manusia bertuhankan Allah?

melihat Siiti dan Ahmad sebagai satu objek (makhluk) Allah yang ciptakan, Allah hadirkan untuk kita.!

Ya.

untuk kita!

Allah hadirkan mereka utk mengajar kita sesuatu!

utk menguji sabar kita
takwa kita

adakah kita tetap tegar,
jalani segalanya dengan tenang dan redha,
bukan mencari salah orang lain
tapi mencari pengajaran yang ingin Allah sampaikan pada kita...

subhanaAllah
Alhamdulillah, alangkah istimewa manusia yang benar-benar bertuhankan Allah