Thursday, November 25, 2010

cahaya

subhanaAllah,,
subhanaAllah,,
subhanaAllah,,

indahnya malam itu

kita bersimpuh di masjid yang sangat indah
didlm majlis berpisah kita
dibuai angin malam
mentadabur ayat-ayatNya
yang mengisi kekosongan hati
yang mententeram gelojak jiwa
yang membaja cinta kita.

Surah al-hadid, ayat 13-17

Astaghfirullah
Astaghfirullah

Andai tidak dijelaskan ayat ini
subhanaAllah..

mmg sukar nk gmbrkan keadaan yang Allah jelaskan di dalam ayat-ayat ini

jantung berdegup kencang
hati terasa sayu dan bimbang
jikalau kita termasuk golongan yang meminta-minta cahaya dari sahabat kita..

nauzubillah

air mata terus-menerus mengalir
hati ini bertambah sayu melihat antum menangis..

malam itu menjadi saksi
akan betapa hati-hati itu bertafakur
takutkan akan amaran dari Tuhan
amaran yang dahsyat
yang menyentap hati dan perasaan
membuah gelisah
takut
risau

apakah tiap jiwa ini kan terus berada di jalan ini
adakah tiap amalan kan diterima
apakah amalan yang benar-benar dapat dibentang di hadapanNya

tanpa dikotori taajub
bangga
khianat
cemburu
hasad dengki

apakah jiwa-jiwa ini benar-benar telah sehabis daya
melakukan segalanya kernaNya

atau adakah dia yang kan meminta-minta cahaya dari sahabatnya
….
“bukankah kami dahulu bersama kamu?”

“benar, tapi kamu mencelakakan diri kamu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah, dan penipu(syaitan) datang memperdaya kamu tentang Allah”
…….
(alhadid-14)

Astaghfirullah
Terimalah amalan kami Ya Rabb
Sucikanlah hati kami
Buanglah jahiliyah kami yang mencengkam hati ini


*to all sisters Brunei,, sayang antum lillah.. walaupun pertemuan kita sebentar cuma,, tapi antum benar-benar mngubat hati ini.. selamat tinggal sahabatku.. selamat bermujahadah di negeri antum.. cabaran di sana jauh lebih sukar berbanding Malaysia..
Duduk berhalaqah di masjid pn x dibenarkan..
Namun ana tahu antunna kuat
Doakan kami juga
~rindu sgt antunna~~

Tuesday, November 23, 2010

katil emas

kisah perang mu'tah ye kak?

tatkala abdullah ibn rawahah diamanahkan tampuk panglima perang slps zaid bin harithah dan jaafar attayari,

waktu tu Rasulullah sedang berkhutbah dan Allah meninggikan tanah tmpt berperang sehingga Rasulullah dapat melihatnya dari madinah
rasulullah bercerita (semacam org tgh tgk bola) apa yg jadi di medan perang.

pihak kafirun jadi pelik akan knp muslim still smgt walaupun diaorg sikit n lawan yg sgt ramai, muslim 3000 kafirun x ingat. which ant sbb perang ialah bila Qaisar (Raja Rom) penggal kepala utusan islam -Harith.
selidik2 rupanya antara yg bangkitkn smgt ialah panji yang dipegang.
jadi mereka tukar strategi supaya attack org yg pegang panji.
yg mana first ialah zaid ibn harithah..

akhirnya setelah penat lelah sehabis daya bertarung, zaid syahid,
dan Rasul bercerita ttg bgmana beliau melihat zaid disediakan katil bersama tilam empuk daripada emas di syurga..

kemudian disertai pula dengan jaafar attayari..
yang mendapat gelaran attayari setelah syahid dengan kedua tangannya putus kerna mempertahankan panji. (mus'ab punya kisah pun agak similar kan)

selingan - ana bg nama kereta saga jaafar attayari: babah ingat ana bg attayari sbb tayar kereta ngeh2..


kemudian Rasul bercerita bgmana setelah jaafar syahid, katil emas pula untuknya,, tidak jauh dari zaid..

tibalah giliran abdullah ibn rawahah,
tatkala dia menerima panji ..
hatinya agak hesitate bila menerima panji
kerna 2 sahabatnya sblm itu syahid setelah mengambil tugas itu.
dan dia merasakan bahawa khalid al-walid lebih layak
tatkala rasul bercerita kaum ansar ternyata agak kecewa kerana Abdullah ibn Rawahah dari klgn Ansar.
tp..
Rasulullah bercerita : Tapi Oh! Dia terus menerimanya dan terus melangkah ke medan (ayat ana sndiri) heh

kaum ansar bersorak!

subhanaAllah..

diceritakan bila Abdullah ibn rawahah hesitate, sekejap je.
mcm terkejut bila dapat panji tu, (kira cm 2-3 saat)
sekejap je..
kemudian dia meluru ke arah musuh..
bagaikan singa yang lapar menerobos musuh!

dan

Alhamdulillah..
dia juga dikurnikan hadiah syahid!
RAsulullah bercerita bgmana Abdullah juga dikurniakan katil emas, cuma rendah sedikit berbanding Zaid dan Jaafar..

kemudian seterusnya diganti khalid alwalid
subhanaALlah...
subhanaAllah..
kalau go deeper perang mu'tah,,
subhanaAllah,..
betapa cantik plan Allah..
dan susunan serta strategi muslimin
khalid setelah mengganti meminta semua tentera menukar pakaian perang dan menukar posisi supaya musuh ingat tentera baru yg dtg,,

akhirnya tentera islam berundur..
dan kafirun stay je kat kwsn perang sbb takut khalid buat strategi badar (serang hendap waktu muslimin berundur)
smpi la diaorg dapat tahu muslimin dah smpi madinah



sedangkn Abdullah yg sebentar sahaja terkejut direndahkan sedikit katilnya


apatah lagi kita yang kadang diberatkan oleh jahiliyah kita tatkala dipanggil berbakti untuk dakwah. eh silap, dipanggil berkhidmat untuk dkwah.. kerna itulah tujuan kita diciptakan, menjadi kuli dakwah..

kadang2..
kita tak kurang spt cicak- (UQY)
surah attaubah(38)
melekat di tanah,,
ditarik-tarik tak mo jugak lepaskan dunia..


sedangkn Allah menjanjikan syurga yang menjadikn dunia ni far more more cheaper than it.
bila kita go through ayat2Nya,,
subhanaAllah
makin lama
perspektif kita semakin berbeza.
quran is full of surprise
bila go deeper..
oh camni rupanya quran nk cite..
mcm tu rupanya...
dan tanpa tarbiyah kita takkan mengecapi semua itu..
kita tkkan dapat tangkap quran
dapat faham quran
sebagaimana ia sepatutnya difahami..
tnpa tarbiyah,,,
kita hanya akan melihat quran as something yang kita suka
dan bila ia memberatkan kita
menggangu study
menggangu hubungan family
sahabat..
dan apa sahaja..

kita tiba-tiba..
menolak segala keberanan yg telah diberikan pada kita.
Allah bercerita dalam surah annur (46-57)
mari kita hayati ayat dahsyat ini..

Allah bercerita mengenai golongann yang sama2 mendapat tarbiyah direct dari Rasul..
mereka yakin dan berjanji setia untuk taat..
tapi apabila mereka disuruh melakukan suatu yg mereka x suka
perang, tinggal isteri , anak2 , mak ayah,
Allah cite:
"mereka tiba2 menolak!"
tp bila kebenaran datang di pihak mereka
mereka patuh.
hanya apabila perkara tu senang
datang usrah je
tak yah infaq
tak yah susah g daurah
tido je di katil sendiri yg empuk dan berbantal tingkat2
save duit minyak.

pastu Allah cite:
mcmmana mereka ni boleh jd golongan camni?
1)hati ada penyakit -byk bende tak settle lagi,. jahiliyah masih mencengkamnya ke tanah. Sgt saying akan jahiliyahnya dan jahiliyahnya juga cinta padanya.
2) hati ragu2- (tak yakin dakwah ni boleh ke menang, takut tiap decision yg dibuat, takut duit habis, takut nama buruk (teringat pesan sorg sis: katanya selagi nama tak buruk, maksudnye anti tak buat apa2 lagi), hmm,, dan lain2.)
3) takut Allah dan Rasulnya menzalimi- yg ni maksudnye mmg diaorg tak yakin dgn Allah. contohnya kalau tinggalkn business mereka akan rugi, g daurah fail exam dll.. ada satu daurah aqidah ustaz tu kata kalau seseorg itu meragui salah satu sifat Allah, syahadahnya boleh terbatal,,) nau'zubillah..

ayat2 seterusnya menceritakan ttg janji2 Allah akan orang mu'min
Allah meyakinkan kita bahawa Ustaziatul Alam kn pasti tercapai!
sebagaimana dalam ayat 55
dan Allah mengingatkan kita , bahawa hubungan denganNya adalah kunci utama!
jika rasa lemah, tak kuat, malas,
baiki hubungan denganNya.
baiki hubungan denganNya!
seperti mana dalam ayat 56

subhanaAllah
subhanAllah.

afwan, my first attempt untuk cerita sirah..
kalau tak faham, akhwat lain tolong tambah2 ye,

moga tiap langkah kita didasari oleh kefahaman dan bukan hamasah semata..
kerana jika ia atas dasar hamasah semata.. kadang2 langkah kita mungkin kn tercacat atas khilaf kita sendiri...
tapi bukankah itu tarbiyah
kita hanya bisa belajar melalui pengalaman..
yg mengajar kita untuk buat! lakukan!
baru kau kan fahami,,
bacalah beratus buku,,
pergilah beribu daurah,,
namun tkkan fahami jika tidak didasari oleh langkah seterusnya..
Waalahu'alam..,

.

Sunday, November 21, 2010

sangka

tiap dari kita
ada sangkaan..
kadang-kadang
sangka baik
kadang-kadang
sangka buruk..

ia kan sentiasa bermain di benak fikiran kita
tiap orang yang kita kenal
kita lihat
kita bercakap dengan

tiap mereka
ada tanggapan kita yang sendiri
ada perspektif kita

kalau ok,
baek sikit,,
tanggapan kita
menjurus kepada kebaikan
sentiasa berbaik sangka
kita akan defend kalau org berkata buruk padanya
tak pun memuji-muji dikala dia tiada

kalau tak suka
tak rapat sgt
tak de hubungan yg baik sgt
mungkin tanggapan kita padanya
cenderung atas keburukannya
menokok tambah pabila bercerita ttg aibnya
tak pun kadang2 berkata ttg perkara yang tak sepatutnya,,

hm,,
tiap dari mempunyai tanggapan..
itu adalah hak kita,,

tapi

ia bukan hak kita untuk menyampaikn secara zahir akan tanggapan itu.
kerana
pabila tanggapan kita bukanla suatu yang haq, benar,
ianya kan menjadi fitnah
kan menzalimi dia.

pabila membincangkan dia di dalam meeting
syura
usrah
tak pun hanya bual kosong sesama kita

pabila kita menyampaikan yang bukan haq
dia tak punya ruang untuk bela dirinya
atas kezaliman yang kau perlakukan terhadapnya,,

dan ia kan menjadi buih dosa buatmu.

ingatan buat diriku juga.

tiap dari kita punya tanggapan
tapi

simpanlah di dalam diri
hingga kau benar-benar pasti yang mana yang haq.

kita dah lama ditarbiyah
bertahun-tahun
beratus usrah
beratus halaqah
berpuluh rehlah
berpuluh daurah
berpuluh katibah
berbelas mukhayyam

bermacam buku dibedah
dikorek
disembelih

tapi bila perkara sebegini datang
kita seperti orang yang langsung tiada tarbiyah.

seperti tarbiyah tidak mencorak apa-apa

pesan buat diriku juga.

Thursday, November 18, 2010

ketika cinta bertasbih..


tringat saat kite bercerita kisah ini..

luluh hati..

merindukannya..

moga bertemu dengannya di syurga,,

duduk bersamanya,, membincang kisah Dia dan Kita..

pengalaman Dia dan Kita...

kesyukuran Dia dan Kita



Ya Allah, aku yang masih berwalang hati dalam memikul beban dakwah ini. Kau berikanku sebuah kisah yang mengubat jiwa...Aku hanya mencari RedhaMu

Ya Rasullullah,doamu untuk umatmu yang sangat hina ini membantu bertatih dalam jalan penuh liku...Aku rindukanmu Ar-Rasul,,




Sebuah kisah masyur dalam sejarah, tercipta setelah Haji Wada’ (haji penghabisan). Kisah tentang cinta luar biasa, cinta para sahabat kepada RasulNya.

Pada hari tersebut, turun sebuah ayat,

Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam menjadi agama bagimu

Para sahabat bergembira dan bersorak, Agama kita telah sempurna, agama kita telah sempurna.

Kegembiraan yang memuncak setelah 23 tahun perjuangan suka dan duka bersama Rasul pilihan Allah. Di tengah kegembiraan para sahabat, ada seorang sahabat mulia yang bersedih atas firman tersebut. Abu Bakar As-Siddiq dengan perasaannya yang halus, mula menangis sendirian. Ia memahami bahawa di sebalik kesempurnaan pasti ada kesudahannya. Dia menyedari Rasulullah yang dicintai akan meninggalkan dunia ini kembali menghadap kekasihnya yang Agung, Allah SWT.

Tangisan Abu Bakar didengari para sahabat yang lain. Setelah Abu Bakar menjelaskan mengapa dia menangis, para sahabat lain pun mula menangis. Kesedihan yang melanda dek kerana kecintaan yang mendalam terhadap insan mulia yang bertahun-tahun hidup dan berjuang bersama-sama mereka melalui ukhuwah yang tiada tandingnya, bakal meninggalkan mereka.

Mengetahui para sahabat menangis, Rasulullah bergegas mendatangi mereka. Di depan mereka Rasulullah SAW bersabda:

"Semua yang dikatakan Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua adalah dekatâ€

Mendengar perkataan Rasulullah SAW, Abu Bakar kembali menangis sekuat tenaganya sehingga jatuh pengsan, tubuh Ali ibn Abi Thalib bergetar, dan sahabat lainnya menangis dengan sepenuh hati mereka.

Beberapa masa kemudian Rasullullah SAW sakit. Kota Madinah berada dalam suasana kesedihan. Di suatu subuh, setelah azan, Bilal ibn Rabah bergegas menuju ke kamar Rasullullah.

Di sana Fatimah menyambut Bilal dan berkata, Jangan kau ganggu Rasullullah, baginda sedang sakit.

Bilal kembali ke masjid, di sana masih tak ada yang sanggup menggantikan Rasulullah menjadi imam shalat subuh. Semua yang hadir di masjid diselimuti kesedihan. Kali kedua, Bilal kembali mendatangi kamar Nabi, dan Fatimah kembali mencegah Bilal kerana keadaan Nabi yang sedang tenat.

Bilal menjawab, Subuh hampir tiada, tak ada yang dapat memimpin shalat

Dari dalam kamar Rasulullah mendengar percakapan tersebut dan mememerintahkan agar Abu Bakar menjadi imam shalat Subuh.

Abu Bakar tidak berhenti menangis seru Bilal.

Rasululah pun bergegas ke masjid dipapah oleh para sahabat.

Masjid penuh sesak dengan kaum Muhajirin beserta Anshar. Perasaan cinta menyelubungi suasana, kekasih yang baru saja terbangun dari sakitnya membuat semua sahabat tidak mahu melepaskan kesempatan ini. Setelah mengimami shalat, nabi berdiri di atas mimbar. Suaranya basah, menyenandungkan puji dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih. Senyap segera saja datang, mulut para sahabat tertutup rapat, semua menajamkan pendengaran menuntaskan kerinduan pada suara Rasulullah yang dicintai. Semua menyiapkan hati, untuk disentuh serangkai hikmah.

Selanjutnya Nabi bertanya,

âWahai sahabat, kalian tahu umurku tidak lagi panjang. Siapakah diantara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini, bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, karena sekarang itu lebih baik.

Semua yang hadir terdiam, semua mata tertumpu kepada Nabi yang kelihatan lemah. Tak pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening sari pati cinta. Tak akan rela sampai bila pun, ada yang menyentuhnya meskipun hanya secuit jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.

Melihat semua yang terdiam, nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Para sahabat masih lagi duduk tenang. Sehingga ucapan yang ketiga, seorang lelaki berdiri menuju Nabi. Dialah `Ukasyah Ibnu Muhsin.



Ya Rasul Allah, dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Untaku dan untamu berdampingan, dan aku pun menghampirimu agar dapat menciummu. Wahai kekasih Allah, saat itu engkau memukul untamu agar dapat berjalan lebih cepat, namun sesungguhnya engkau memukul badanku. Oleh itu aku hendak tahu apakah engkau sengaja memukulku atau hendak memukul untamu? ucap `Ukasyah.





Rasulullah SAW berkata, Wahai Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu





Rasulullah kemudian berkata kepada Bilal r.a, Wahai Bilal kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku kemari

Bilal keluar dari masjid dan menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya dia atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (dikisas)


Segera setelah sampai, tongkat diserahkannya kepada Rasul mulia. Dengan cepat tongkat berpindah ke tangan `Ukasyah. Masjid seketika mendengung seperti sarang lebah.

Dua tubuh badan keluar dari barisan yang paling hadapan. Yang pertama berwajah sendu, janggutnya basah oleh air mata yang menderas sejak dari tadi, dialah Abu Bakar. Dan yang kedua, seorang pemberani, yang ditakuti para musuhnya di medan pertempuran, Umar Ibn Khattab. Segera mereka berkata:

Hai `Ukasyah, pukulah kami berdua, sesuka hatimu. Pilihlah bahagian manapun yang paling kau ingin, kisaslah kami, jangan sekali-kali engkau pukul Rasul

Duduklah kalian sahabatku, Allah telah mengetahui kedudukan kalian, Nabi memberi perintah secara tegas.

Kedua sahabat itu longlai, langkahnya surut menuju tempat semula. Mereka memandang `Ukasyah dengan pandangan memohon. `Ukasyah tidak berganjak.

Melihat Umar dan Abu Bakar duduk kembali, Ali bin Abi Thalib tidak berdiam diri. Berdirilah dia di depan `Ukasyah dengan berani.

œHai hamba Allah, inilah aku yang masih hidup siap menggantikan kisas Rasul, inilah punggungku, ayunkan tanganmu sebanyak apapun, deralah aku

Allah Swt sesungguhnya tahu kedudukan dan niatmu wahai Ali, duduklah kembaliâ€ucap Nabi.

Hai `Ukasyah, engkau tahu, kami adalah cucu Rasulullah, kami darah dagingnya, bukankah ketika engkau memukul kami, itu ertinya mengkisas Rasul juga, kini yang tampil di depan `Ukasyah adalah Hasan dan Husain.

Tetapi sama seperti sebelumnya Nabi menegur mereka. Wahai penyejuk mata, aku tahu kecintaan kalian kepadaku. Duduklah.

Masjid kembali ditelan sunyi. Banyak jantung yang berdegup kencang. Tidak terhitung yang menahan nafas. `Ukasyah tetap tegap menghadap Nabi. Kini tak ada lagi yang berdiri ingin menghalangi `Ukasyah mengambil kisas.

Wahai `Ukasyah, jika kau tetap berhasrat mengambil kisas, inilah jiwaku, Nabi selangkah maju mendekatinyaâ€.



Ya Rasul Allah, saat Engkau memukulku, tak ada sehelai kain pun yang menghalang pukulan itu, ucap `Ukasyah.

Tanpa berbicara, Nabi langsung melepaskan bajunya yang telah luntur. Dan tersingkaplah tubuh suci Rasulullah. Seketika pekik takbir menggema, semua yang hadir menangis pedih.

Melihat tegap badan manusia yang maksum itu, `Ukasyah langsung meninggalkan tongkat dan bergegas ke tubuh Nabi. Sepenuh cinta dipeluknya Nabi, mencium Nabi begitu mesra. Kerinduan yang menggunung kepada baginda, diluahkan saat itu juga. `Ukasyah menangis gembira, bertasbih memuji Allah, berteriak haru dan gementar bibirnya berucap sendu.

Tebusanmu, jiwaku ya Rasul Allah, siapakah yang sanggup mengkisas manusia indah sepertimu. Aku hanya berharap tubuhku melekat dengan tubuhmu hingga Allah dengan keistimewaan ini menjagaku dari sentuhan api neraka.

Dengan tersenyum, Nabi berkata, Ketahuilah wahai manusia, sesiapa yang ingin melihat penghuni syurga, maka inilah orangnya

`Ukasyah langsung tersungkur dan bersujud memuji Allah. Sedangkan yang lain berebut mencium `Ukasyah dan saling bersalaman. Pekikan takbir menggema kembali.

Para jemaah berkata Wahai `Ukasyah, inilah keuntungan paling besar bagimu. Engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di syurga.

Wednesday, November 10, 2010

terima kasih..

terima kasih..
kerana bersungguh..

kerna kau tidak berputus asa akan kami..
kerna kau teruskan jua langkah..
biarpun dunia dan seisinya menentangmu..

aku tahu ia teramat sukar.
aku tahu ia bagaikan gunung yang menghempap.

mendengar kisahmu.
kadangku ..



aku x pasti samada ku mampu tempuhi
tapi kau sentiasa menolak..
menolak ku ke depan
untuk meneruskan langkah..
kerna kau telah menunjukkan jalannya.
dan kau memujuk2 ku
agar menyusuri jalan itu

kerna kau dan aku dan mereka
tahu
ini satu-satu nya jalan

jalan yang Dia, aku , kau, mereka yakini.

tahukah kau..
walaupn kau jauh..

namun
kadang itu

kau seolah disebelah
memberi kekuatan

kau disebelah
menegur

kau disebelah
menyayangi

kau disebelah
memujuk

kau disebelah
memarahi...

kapan kan kita jumpa lagi..

mungkinkah ia terjadi?



kerna aku
terlalu menyayangimu
dan ku tahu
kau juga menyayangiku..

kau sebut namaku
pada saat terakhirmu

tahukah kau
betapa luluh hatiku
saat kau pergi

aku ingin kau disini!
bersama tiap langkahku.

aku tahu kau tahu
yang aku menyayangimu

aku ingin berjumpa denganmu
ingin berjabat tangan denganmu

ingin cerita segala isi hatiku

mungkinkah ia terjadi


kau datang
saat ku memerlukan

saat aku keseorangan

saat aku terkapai2


kau pimpin tanganku..
tuntun langkahku satu persatu

kadangku tersadung
banyak kali
tapi kau tetap
bantu ku berdiri kembali

mmg begitukah sifatmu?
mmg begitukah kau diciptakan?

kau begitu jauh
mengapa pada yang sama begitu dekat?

terima kasih
kerna berusaha sehabis mungkin
terima kasih
kerna tidak berputus asa
terima kasih
kerna shahadatul haqmu

jika tidak
tiada dia
tiada aku
tiada mereka

ku harap
agar kau dan aku
kan berjumpa
bercerita cinta
cerita ttg Dia
cerita ttg kau
cerita ttg aku
cerita ttg mereka

doakan ku
agar kekal
hingga ke penghujung jalan..