Wednesday, December 21, 2011

jgn conteng arang! (^_~)



Alhamdulillah..
SubhanaAllah!

rasanya semua menyaksikan..
merasakan..
kuasa besar..
effect kepada gelombang ghurbah yang main terasa bahangnya.

subhanaAllah!

pujian sepenuhnya padaNya semata

Allahu Akbar!

insyaAllah..
hari ni rasa nak menulis ttg something yg agak personal.
(^_^)..

insyaAllah nak kongsikan bagaimana Allah mentarbiyah diri yang byk kekurangan nie..

bismillah,,
ana waktu awal2 sekola, matriks, n nk masuk u dulu,
ana rasa ana boleh digolongkan dalam golongan yang selalu pakai kemas..
(rasanya. tiba2 doubt pulak)

sblm keluar rumah akan pastikan semua matching..
biar nmpk kemas dan smart..

cuma dah masuk tahun kedua di U..
dah start tak jaga sgt..

maybe sbb (rasa) diri sibuk and tak sempat buat semua benda,,,
start menggabaikan perkara2 yang rasa tak penting..
start second year waktu tu start serious dalam dakwah,,
syura, daurah, etc..
(tp ini bukan alasan kan?)

sampaikan satu hari,
adik ana tegur waktu kami sekeluarga nak keluar makan..

"dek mmg nak pakai camni ke?"

"uh, ha ah, awat? comel what?"

"erk, suka ti awaklah"..

pastu dalam keta mama n babah pula tegur..

" dek, jangan conteng arang di muka babah n mama.."

"uh? conteng arang?"

" tgk baju tak kena dengan tudung, malu mama.."

"ah,, apekah,, (~_~)" "...



murabbi ku syg pun ada kadang2 tegur..

(hmm, bila fikir balik mcm dah tahap serious)

prnah satu ketika,
pakai tudung brown, pakai baju kurung hijau,,

jumpa akhawat semua tegur..
huuu...
ana jawab..

"antum tak nmpk ke tema hari ni?
tema pokok!
tudung mcm batang pokok, baju mcm daun..
erk, cuma pokok terbalik..
no?" (^_~)

no answers, just angguk2,,.. hahee...


tak lama kemudian ditugaskan untuk bawa usrah adik2 maktab..
bakal-bakal cekgu..
satu fasa tarbiyah yang sgt mendidik ana akan tanggungjawab yang berat dalam membina rijal-rijal penerus dakwah rasul..


hampir tiap2 mlm berkampung di situ,,
dan biasanya akan bertolak pagi2 ..
dan biasanya akan bertembung dengan student2 yang on da way ke kelas..
entah kenapa,,
ada perbezaan ketara antara ana dan mereka,,
hinggakan ana pasti mereka tahu ana ni bukan salah satu student maktab tu.. (~_~)..

selalu pujuk diri sendiri,,
"alor,, tak pe.. biasala budak2 engineering mmg camni.."

tapi lama kelamaan, bila lihat adik2 binaanku,,
hmm,, rasa malu sendiri..
sungguh, diri ini bukan qudwah yang baik!
astaghfirullah...

maka start mulakan langkah skit demi sedikit,,
dah mula sblm keluar rumah jumpa adik2,,
macm nak pegi jumpa pacar kata sahabatku,,

akan minta pendapat ahli rumah dulu
ok atau tak..
dah start fikir esok jumpa adik2 nak pakai baju apa..
mesti smart mcm diaorg!
hehe..

sekarang masih lagi usaha,,
menjadi smart dan comel spt akhawat ku yang lain..(^_^)


Alhamdulillah,,
terasa mutarrrabi mendidik murabbi..
bukankah begitu seharusnya?

proses tarbiyah yang mana didikan bukan sahaja mendidik mutarabbi, bahkan mutarabbi juga membentuk murabbinya..

cantik bukan?

Alhamdulillah,,

saling membentuk agar terhasil ukiran indah, seindah Rasul,, amin..
kerna sesungguhnya Allah ciptakan manusia ini tidak sempurna,,
untuk saling menyempurnakan..

jalan ini mengajar kita untuk berubah dan mengubah..
agar cita-cita yang tampak ideal menjadi realiti,
akhlaq yang sempurna menjadi realiti,,
seindah akhlaq Rasul..

kerana sungguh,
ia bukan suatu yang imposibble,
kerna kita punya satu sama lain,,
untuk saling menguatkan,
dan saling menyempurnkan,,

insyaAllah,,

*mood = teraaammmaatt- ammmaatt rinduuu..




Sunday, December 11, 2011

wiken yang spesel..


salam alaikum..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..tiap hari kita bangun dengan nafas yang segar,
mensyukuri Allah masih memilih kita berada di dalam kembara menujuNya..

Alhamdulillah..

walaupun tersangat la besar khilaf dan dosa serta kesilapan kita..
tak jemu Dia menegur dan menjaga kita..
Alhamdulillah..

wiken lepas sangat special..
membuatkan ana tersenyum sepanjang hari ni...
Alhamdulillah..

antara nikmat yang paling best adalah bestnya Allah dengan template perancanganNya, menyediakan buat kita manusia-manusia yang bersama-sama kita dalam perjalanan pertemuan denganNya.. amin..

dan mereka yang diutuskan sangat special..
membuatkan ana bertambah-tambah sayang padaNya..
kerna menghadiahkan ana hadiah yang sangat indah ini..

Alhamdulillah..

sisters yang super baik, super caring, super lovely,, super saiya... super supir.. hehe

wiken ini saya bertemu muka-muka yang bertahun tak ketemu..

bertemu dengan anak-anak mereka

yang dulunya dalam perut..
skrg berlari2 tak larat nk kejar

dulu comel dan kecil
skrg melihat saya penuh bersalah sbb mandi di tempat wudhu saat kami berjemaah..(hahe cumei.. habes basah bajunya..)

dulu masih belum pandai berkata-kata
sekarang menyanyikan nasyid siti khadijah (nama adik dia)..
tak sangka dia masih ingat kat ana...





Alhamdulillah..
jika dulunya datang ke program sorg2..
skrg sudah berdua, bertiga, berempat, berlima..:)

akhawat yang baru pulang dari negara sejuk..
tak tahan panas malaysia.. hahe

berpeluang menatap muka-muka yang sangat dirindu..
mereka yang dulu sama2 bermukhayyam, berkatibah bersama.
sungguh,, sangat rindu..

akhawat yang banyak membentuk kembali pandanganku terhadap ukhuwah, dan dakwah ini..
berpeluang bertemu dengan dai'e2 hebat..

juga Allah beri hadiah special menghadirkan sosok yang jauh di mata dekat di hati..
yang banyak membentuk diri ini
dan sgt sabar melayan karenah mutarabbinya yang ntah apa2 ni..(~_~)"
Alhamdulillah..

terharu dengan seorang murabbi yang punyai capaian binaan yang sangat ramai..
termasuklah diri yang hina dina ni,, erk.

dan dia masih ingat saat first time ana berjumpa dengannya

dimana.
bila.
dengan siapa.
tentang apa.
semua masih dalam memorinya.
subhanaAllah,,

masih banyak kekurangan diri ni..
kadang-kadang nama-nama akhawat pun lupa.. hmm..


hmm...


“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥

Alhamdulillah,
diberi peluang olehNya merasai sedikit daripada manisnya dan hebatnya berada di dalam siratul mustaqim ini..
moga diberi lagi peluang demi peluang dariNya,,
amin..


p/s : malam semalam makan bersama dengan seorang adik,,
tgh makan tiba2 terpacul:
"best kan join tarbiyah?"

dan dia memandang dgn muka penuh exited dan terharu..

"huu.. best.."

dan ana pun pndang dia dengan muka penuh exited dan terharu..

huu..

Alhamdulillah,,
segala puji bagiNya,,,









Wednesday, December 7, 2011

Dia..


Kerna itu Dia ada..

merangkul tatkala sungkur

membelai bila sakit

menguat tika lemah

melindung saat takut

tuntun tika sesat

memenuh tatkala kosong

menegur bila salah

menyuluh saat kelam

terima kasih ..

kerna hadir dalam perjalanan ini...







Tuesday, November 29, 2011

ibn khattab : si perindu syurga


Setitis sahaja racun, akan membunuhmu
membuatmu tak berdaya melakukan apapun
kehidupan adalah perjuangan
Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu
Tetapi kita tetap menuju fana
Maka pilihlah jalan yang paling mulia untuk kematian
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki
Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia
Yang tentu, akan melemparkanmu ke neraka

catatan peribadi ibn khattab, ikhwah Chechnya yang syahid di racun..

membaca biography si perindu syurga cukup mengetok kepalaku bertubi2
kadang bermalasan2 dan banyak beralasan.
tatkala membaca kisah-kisah mujahid, ternyata menyedarkan kita..
bahawa syurga memilih penghuninya..
dan usaha si pencari syurga memangnya bukan calang2,
bukan sekadar angan2.
bukan sekadar cita2.
bukan sekadar kisah2 indah yg dicerita..

sesungguhnya mereka adalah golongan yang berusaha keras!
mereka yang hidup seolah2 syurga sudah di genggaman tangan mereka.
hinggakan datanglah badai, ujian, nuclear, godzilla,
atau apapun,
mereka tetap utuh dan tegar.
meneruskan perjalanan mencari tiket ke syurga.

Dia berpesan kepada kita agar memilih jalan yang paling mulia untuk kematian..

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

tertarik dgn satu kisah indah:

" Suatu ketika, seorang nenek yang sudah sangat tua bertemu dengan ibnu khattab. nenek tersebut datang ke kem latihan mujahidin dan terus berjumpa dengan beliau.

Nenek itu berkata kepada ibnu khattab, "Saya hidup sudah sangat lama. saya ingin hidup tenang dan terlepas daripada cengkaman Russia, boleh menjalankan ibadah dan menegakkan hukumNya. Saya tak ingin hidup dijajah Rusia."

"Lalu apa yang boleh nenek sumbangkan untuk mujahidin yang sedang memperjuangkan cita-cita itu?" Tanya Ibnu Khattab ramah.

" Saya tak memiliki apa pun untuk disumbangkan kepada para pejuang . Saya hanya memiliki jaket yang saya pakai ini, dan akan saya berikan kepada para mujahidin yang berjuang di jalan Allah. " Lalu nenek tersebut membuka jaket dan menghulurkannya kepada Ibnu Khattab.

Lelaki yang tegap berambut ikal itu pun teresak menangis kerana terharu dengan semangat serta kegigihan rakyat chechnya mempertahankan kemerdekaan negara itu.

Ya Rabb,
sesungguhnya jika dibandingkan amalan kami dengan mereka,
amatlah malu kami untuk persembahkannya kepadaMu..
kami mohon kepadaMu Ya RAbb,,
kurnikan kekuatan iman sebagaimana Kau hadiahkan buat mereka,
tuntun langkah kami agar dapat bersama-sama mereka di syurga..
jaga kami dari langkah yang menjauhkan kami dari syurga..
amin..
amin..
amin..





Tuesday, October 11, 2011

.....


jangan didoa kurangnya beban ujian, namun pintalah dikuatkan hati,,

Tuesday, July 5, 2011

ALLAHU AKBAR!


"Wahai Ikhwanul Muslimin!! Marilah kita dengarkan suara Rabbu al-Izzati yang berkumandang ke seluruh bumi dan langit, yang memberikan inspirasi kepada setiap mukmin dengan harakat-harakat yang agung.

Ketika suara ini terdengar di bumi dan di langit melalui suara Muhammad Al-Amin, ternyata suara tersebut tidak pernah berhenti, kerana suara tersebut adalah kalam abadi:

Maksudnya: "Allah Pelindung orang-orang yang beriman...."

Memang benar. Ini adalah panggilan Allah. Lantarannya kami menyambut dengan sambutan labbaik, dan segala puji hanya bagimu ya Allah! Engkau kekasih kaum beriman, dan Engkaulah Penolong para mujahid yang membela hak-hak kaum tertindas dan terusir dari tempat tinggalnya. Muliakanlah kaum yang berlindung kepadaMu, dan menanglah kaum yang minta pertolongan hanya kepadaMu.

Allah berfirman di dalam KitabNya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa".

Marilah sama-sama kita mendengar suara Al-Qur'an dan memahami makna yang terkandung di dalamnya.

Marilah kita dengarkan:

Maksudnya:"Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)".

Maksudnya: "Sesungguhnya penolong kama hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)".

Maksudnya : "Katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal ”.

Maksudnya : "lngatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa".
Maksudnya : "Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai perlindungan”.


Tidakkah saudara lihat dalam ayat-ayat yang nyata ini bahawa Allah menisbahkan saudara kepada diriNya, menganugerahkan kepada saudara keistimewaan perlindungannya dan melimpahkan kepada saudara limpahan keagungannya.

Firman Allah:
Maksudnya: "Kekuatan itu hanyalah bagi Allah RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang munafiq itu tidak memahami”.

Dalam Hadith Qudsi RasuluLlah telah bersabda: "Pada hari kiamat kelak Allah berfirman; Wahai anak-anak Adam aku jadikan nasab keturunan, kamu iuga mengadakan nasab keturunan, lantas kamu mengatakan pulan bin pulan, dan aku pula mengatakan; sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu ialah mereka yang bertaqwa. Pada hari ini aku saniung nasabku dan ku rendahkan nasab kamu

Saudara, oleh kerana inilah para salihin yang terdahulu lebih suka menghubungkan nasab mereka kepada Allah, mereka melakukan perhubungan mereka dan matalamat amal mereka hanya semata-mata untuk mencapai nasab yang mulia ini, kerana itu kita dengar mereka berkata kepada sahabat mereka:

"Jangankau seru namaku kecuali dengan "Ya 'Abdullah (hamba Allah) sesungguhnya itulah nama yang paling mulia padaku “.

Begitu juga ketika salah seorang dari mereka ditanya adakah ayahnya dari keturunan Tamim atau Qais, beliau terus menjawab: "Ayahku Islam, tiada yang lain bagiku, Bila mereka bermegah dengan Tamim dan Qais”.

Tiada kebanggaan pada yang lain:


Saudara yang mulia, manusia akan bermegah dengan keturunan nasab mereka bila mereka telah sebati dengan ketinggian dan kemuliaan yang telah dicapai oleh nenek moyang mereka dan bila mereka ingin meniupkan semangat kemegahan dan kemuliaan ke dalam jiwa anak-anak mereka.

Tidakkah engkau merasakan ketinggianmu ketika nasabmu dinisbahkan kepada Allah, ketinggian yang paling agong, ketinggian yang diharapkan oleh mereka yang mengejar keagungan.

Sungguh benar firman Allah: Maksudnya: "Sesungguhnya keagongan itu hanyalah bagi Allah”.
Tidakkah engkau merasakan bahawa dengan memanjatkan nasabmu kepada Allah itu menjadi sebab utama yang dapat meningkatkan dirimu kepada satu darjat yang paling tinggi dan dapat meniupkan ke dalam jiwamu semangat ingin mara ke hadapan bersama mereka yang beramal? Adakah di sana satu darjat kemuliaan yang paling besar, satu pendorong yang kuat untuk mencapai ketinggian selain dari engkau merasakan bahawa dirimu bersifat Rabbani, hubungan dan nasabmu hanyalah pada Allah. Oleh kerana sesuatu yang hanya diketahuinya maka Allah berfirman:

Maksudnya : “Akan tetapi hendaklah kamu menjadi rabbani kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya”.

Sumber kekuatan yang besar :


Bila kita memanjatkan nasab kita kepada Allah di sana terdapat satu hikmat yang dapat diketahui setelah nasab tersebut benar-benar terlaksana dalam praktiknya. Hikmat yang dimaksudkan di sini ialah limpahan Iman yang menyeluruh, kesyukuran yang menebal di jiwa saudara di atas kejayaan yang saudara capai.

Hasil dari limpahan iman ini saudara tidak akan merasa takut kepada semua manusia, tidak gerun menghadapi alam sejagat andainya alam tegak di hadapan saudara cuba menawan 'aqidah saudara dan melemahkan perinsip yang saudara pegang.

Allah berfirman: Maksudnya : "Orang-orang yang kepada mereka ada orang yang mengatakan:
Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu kerana itu takutilah mereka (mereka tidak gentar) malah perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adaIah sebaik-baik pelindung”.


Oleh kerana sesuatu, segolongan kecil dari mereka yang telah beriman kepada Allah, mengimani kebenaran dan pertolongan Allah terus tegak berdiri di hadapan kebengisan yang membatu, berdepan dengan bala tentera yang perkasa, tegak berdiri tidak sedikitpun merasa gerun terhadap keganasannya, tidak takut pada penyiksaannya malah mereka tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah.

Adakah satu kekuatan yang lebih besar dari kekuatan yang termetri dalam hati seorang mu'min yang dadanya begelora dengan firman Allah:

Maksudnya: “Jika Allah menolong kamu, tidak akan ada orang yang akan menewaskan kamu”. "


Ana petik dari risalah "ke mana kita menyeru" dari syeikhuna Hasan Albanna..

Alhamdulillah, x terjangka perasaan bila membaca risalah ini..
seperti syeikh HAB berada di hadapan menerangkan.
meyakinkan kita,
tok sah ghisau sgt!
tok sah bincang sgt masalah2 dan halangan2.


AllahuAkbar
AllahuAkbar

kita ada back up system yang sgt kuat!

Allahu Akbar!!

Allah! pelindung kita.

Allah menjanjikan pada kita bahawa Dia akan beri perlindungan, Allah akan back-up kalu apa2 jadi..

jadi, apa yang menghalangmu ukht?

Bismilillahirrahmanirahim... JALAN AJA!!!

ALLAHU AKBAR!!


Thursday, May 26, 2011

kembali..

"dakwah ini x menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. orang yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah akan hidup bersamanya. orang yang tak bersedia menanggung tanggungjawab ini akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh. Justeru Allah akan menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendukung dakwah ini!"
-syeikhuna Hassan Al-Banna.

astaghfirullah
astaghfirullah

mohon lindungan dari Allah ttg apa yang bakal ku katakan
mohon kekuatan dariNya untuk terus kekalkan kita di jalan ini..

hati goncang memikirkan kata-kata syeikhuna.
kita gelisah, andai kita tercicir bersama yang memeluk tubuh..
astaghfirullah,
nauzubillah..

makin lama,,
jalannya makin susah
makin memerah segala apa yang ada pada kita
makin menuntut dan meminta-minta
ttg apa yang telah kita janjikan padaNya..

kadang,
takut beralasan..
kerana alasan adalah pintu kepada futurnya seorang daie.

teringat kata-kata seorang sahabat:
"ana tak suka meng'explain' alasan. bila ana ada hal, maksudnya ana ada hal. tk suka antum tanya2"

astaghfirullah.
kami beristighfar panjang.

tak kurang juga,
adikku yang ku lihat pembinaannya dari hari ke hari:
"dek (panggilan ana kat umah(^_^)), kak (....) ckp dia tak boleh gi daurah. dia banyak keje. nak ckp apa kat dia?"

sedangkan, baru sahaja beberapa hari lepas kami bercerita ttg "contract" (syahadatain) yang telah di'sign'.
ttg ayat2Nya yang mengecam mereka yang berpaling dari contract yang telah diikat.

"ckp kat dia, cuba bg alasan tu kat Allah. tengok Allah jawab mcmmana.."

astaghfirullah..
astaghfirullah...



kadang-kadang..
langkah kita tersadung,,
kadang-kadang..
kita penat.
kadang-kadang..
kita hampir menuturkan " ana dah tak larat dah.."
kita hampir menuturkan " ana rasa nak lari dari semua nie.."


tak sedikit keluhan-keluhan
yang kita pernah dengar dari akhawat kita..

tp kita faham..
sbb kita juga alami..

dakwah ini mmg akan menuntut segalanya dari kita.
masa,
perasaan,
kawan-kawan,
family (parent terutama)

hati kita kan terluka,
tubuh kita penat travel, x cukup rehat,
kadang2 kita terkejut dan termenung dpn ATM.
kita kan berhadapan dgn situasi yang sgt2 x ideal.
bukan yg kita gambarkan.


ukht.. dengar kata-kata nie ukht..

" Manusia yang paling layak disebut ada kehormatan, keagungan, karamah, ialah seorang hamba yang jiwanya lemah, longlai, semata-mata untuk menjaga agamanya"
-abu amar. (syeikh muntalaq)


dan mari kita lihat jawapanNya...:

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji sehingga kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu."
(Muhammad : 31)

" Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan , dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata " Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
(al-baqarah: 213)

ukht,
selama nie..
kenapa pun kita buat kerja dakwah nie?

kita nak Allah redha dengan kehidupan kita..
nak sangat..
dan hidup di bawah lembayung hidayah telah memberikan kita hidup yang penuh makna, Alhamdulillah..
Allah dengan limpah kasih sayangNya, mengajarkan dan mengilhamkan, serta menunjuk jalan buat kita..
Alhamdulillah..

tak boleh tidak.. (la Budda)
Dia buat kita rasa sgt special berbanding manusia lain..
bila Dia fahamkan kita ttg kehidupan yang sepatutnya,
yang tak semua faham..
Alhamdulillah...

Dia tuntun langkah kita,,
satu-satu Dia tunjuk dan fahamkan..
walau kadang-kadang kita lari..
tapi dengan rahmahNya yang melimpah ruah,
tetap tarik kita kembali dalam dakapan hidayahNya,,
Alhamdulillah..

lupakah anti ukht,, akan perasaan ini?
perasaan hidup bagai di alam fantasi pabila Dia berkata-kata dengan kita..
pabila Dia sehati seiring bersama kita ,
membantu kita hadapi ujian-ujian..

ukht,
teguran ini buat diri ana dan ukht juga..

kadang-kadang ukht,

bila kita dah selesa,,
bersenang-senang dan berfoya bersama keluarga tercinta..

kita tak sedar...
kita ketepikan Dia..

ukht,
berapa sebenarnya harga Allah dalam hati mu..

tindakan
keputusan
pengorbananmu

itulah yang kan menggambarkan hargaNya bagi mu..

Dia sgt mahal bagi kita ukht..


jom,
kita istighfar..
dan susun langkah kita kembali..
jom ukht..

Sunday, May 15, 2011

nafas panjang

Bismillah..

"Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “ -
syeikhuna Rahmat Abdullah.

dakwah ini memerlukan kita untuk punya nafas panjang.
untuk berfikir jauh ke depan
kerana kita punya keluarga.
jemaah ini adalah keluarga kita
yang kita sayang
yang kita kan membesar dengannya.
yang tak ingin kita lukakan hatinya.

segala silap langkah,
x harus diulang semula
harus dibaiki dengan sabar dan nafas yang panjang

jalan ini panjang,
jangankan kerna kita terburu melihat hasilnya,
langkah kita mematikan langkah generasi selepas kita..

perubahan takkan datang dalam sebulan dua,
mungkin takkan kita ketemu sepanjang hayat kita.
tp mohonlah doa,
agar amalan diterima,
dan agar Allah memelihara dakwah ini.

pak cik, mak cik, babah, mama, ukhti, akhi,
mohon maaf,
atas segala khilaf,
dan terlanjur kata

dari 'anak kemarin sore'


Wednesday, May 11, 2011

buat hati yang terluka..

salam,

buat hati yang mencari-cari penyelesaian,
pada permasalahan yang panjang..
yang menggugah perasaan..

.................................................................................................................................

jika dengan bermasam muka,
kan mengguris hati ukhti mu,
maka senyumlah..
walaupn hatimu ingin sekali agar dia tahu isi hatimu.


jika dengan memberitahu isi hatimu,
perasaanmu,
kan menambah lagi luka ukhuwah itu..
maka simpanlah ia dalam-dalam...
telan ia dengan payah..
walaupun bagimu ia adalah perkara yang mesti untuk dia tahu..
dan ia suatu kebenaran bagimu..

namun..,
simpanlah dalam-dalam perasaan itu..
istighfarlah berpanjangan..
mohon kekuatan padaNya,

agar kau bisa tersenyum di depannya,
agar kau bisa dengar tiap luahan hatinya,
agar kau bisa meminta maaf padanya..

walaupun kau merasa kau di pihak yang nyata,,

namun,
sekali lagi ku nyatakan...
simpanlah kebenaran itu dalam-dalam..
serahkan padaNya untuk mengatur penyelesaiannya..

mohon kekuatan padaNya,
untuk meminta maaf..
walau kau di pihak nyata!

sampai bila..
harus dipentingkan perasaan kita sendiri..
sampai bila...
tangisan-tangisan harus dititiskan..
sampai bila..
hatimu dan hatinya harus dilukakan..
sampai bila..
ingin kau pertegakkan kebenaran di pihakmu..
sedangkan di pihaknya juga ada kebenarannya..

sedangkan,
umat menanti dirimu
dan ukhtimu
untuk menuntun langkah mereka..
untuk menunjuk jalan buat mereka..

kasihani mereka ukht..

ukht,
semua orang ada ujiannya..
yang Dia tetapkan..
khas buat antunna berdua..
dan tiap mereka ada reaksi dan tindakbalasnya..


jika mereka semua bermasam muka,
jadilah yang tersenyum manis
merungkai gundah hati mereka..

jika mereka semua menaik suara..
jadilah yang berbahasa lembut dan menegur dengan hikmah..
buat menutup cacat amalannya.,

jika mereka tidak bertegur sapa,
jadilah yang ramah dan penuh kasih sayang,
merungkai rasa benci dan menguntum cinta sesama..

jika mereka mencari tiap salah dan khilaf,
serta membincangkannya..
jadilah yang beristighfar panjang..
serta menegur akan apa yang mereka bicarakan..

ada yang bertemu dengan ku,
bertanya akan mengapa walaupun tempohnya sudah terlalu lama..
namun masih lagi belum selesai..
tiap kali ada sahaja puncanya..
ada sahaja khilafnya,,
dan tidak kunjung tiba jua tamatnya.

ketahuilah ukhtiku sayang,,
Allah akan mengujimu,
menguji ukhtimu..
sampai antum lulus akan kategori ujian ini..
jika tidak,,
ia kan berulang,,
berulang..
dan terus berulang...

apa yang kita takutkan,,
ia kan menurun ke generasi binaan mu,,
nauzubillah..

istighfar ukht,,
atas tiap bicara, kata
atas tiap perbuatan
pada ukhti mu..

astaghfirullah..
astaghfirullah..
astaghfirullah..

tiap kita ada ujiannya..
jadikanlah ia amal terbaikmu..

sahutlah firmanNya tatkala Dia menyeru padaMu..

"Mahasuci Allah yang menguasai (segala ) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa, Maha pengampun. " (al-mulk : 1-2)









Tuesday, May 3, 2011

memang seperti itulah dakwah.

karya sheikhuna, rahmat abdullah..

Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.

Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.. Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak. Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.

Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari.

Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”. Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada. Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.

Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi saking seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..

Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Memang seperti itulah dakwah.

Monday, May 2, 2011

jejak.

meletih tubuh di dalam perjalanan, saat hujan dan badai merasuk di badan. namun jiwa harus terus bertahan , kerna pejalanan masih panjang. tetaplah bertahan dan bersiap siagalah!


Wednesday, April 27, 2011

syeikh ahmad yasin kami..


Adik, ingat tak saat itu..

Saat kita di rumah dakwah kita..

Saat kau menggetar hati dan perasaan kami..

Bercerita ttg kerinduan kita akan dia, Muhammad Rasulullah..

Betapa kita lakukan semua ini atas kecintaan padanya..


Adik,

Akak rindu tatkala kita halaqah cinta

Akak rindu tawa riangmu..

Pernah ku khabarkan padamu betapa tawamu menggelikan hati..

Pernah ku khabarkan bahawa kasih dan sayangmu sgt dekat di hatiku..



Adik..

Sabar ya dik..

Akak tahu sakit,,,



Tapi..



Ia sakit yang membasuh khilafmu dik..

Andai mampu ku pindahkan rasa sakit itu..

Ku buang jauh2..

Agar ia tak dekat lagi denganmu..

Agar ia tidak bermain disekitarmu..

Agar ia tidak mengganggumu



Adik,

Tatkala air mata ini bergenang..

Ku tahu kau kuat..

Ku tahu kau mampu..

Namun, hati ini menangis..

Kerna hati ini x mampu membendung rasa kasihan padamu..

Hati ini rasa tak mampu, jika dibebani ujian yang sama..



Dik,

Maafkan akak,,

Andai x bersamamu

Dalam langkah yang payah ini…



Namun ketahuilah

Walau ku jauh,,

Doa dan harapan mengiringi tiap langkahmu..



Dik,

Kaulah syeikh ahmad yasin kami..

Yang berdiri tegar walau jasadnya lumpuh

Yang menggoncang saff musuh walau dia masih di kerusi rodanya..



Lantas..

Dia pulang padaNya..

Dengan bukti kesyahidannya..



Terus berlari dik..

Terus berjuang..

Hingga tubuhmu hancur luluh



Agar dapat kau buktikan padaNya

Akan kecintaanmu padaNya…



Dik,

Jangan pernah putus harap..

Jangan sekali berburuk sangka padaNya..


Dia kan menuntun langkahmu..

Dia kan menguat gerak dayamu..

Dia kan bersamamu walau andai dunia membuangmu..



Dik,

Perjalananmu masih jauh..

Dihadapanmu ..

Terhampar jalan yang sangat sukar dan payah..



Ku risau..

Andai antara kita berdua…

Ada yang tidak sampai ke hujungnya..

Tangisan semata takkan mampu membawa kita ke hujung jalan…



Teruslah berlari dik..

Berlarilah dengan jiwa ragamu..

Korbankan semuanya..

dan berilah jasad dan hatimu padaNya..



Dengan redhaNya..

Berlarilah..

Friday, April 22, 2011

ada apa dengan akhawat?





ada apa dengan akhawat?


akhawat is..
hmm,,
camne nk describe?


diaorg ni..
camni..



they are not perfect, but almost.




Alhamdulillah..

akhawat is..

bila kite balik rumah, tgk baju kite dah siap dibasuh, dilipat


bila lapar, balik rumah ada mknn sedap atas meja

bila x de duit.. tibe2 ade duit kat celah2 gear kereta, xpn dalam beg, atau celah2 mana2 yg diaorg nk bg kite nmpk (haha)

bila kite sedih, kite dgr diaorg bincang camne nk tolong kite..



bila kite risau, dia akan hiburkn kite dengan ingatkan kite dengan ayat-ayatNya.

bila mutabaah amal cm x terjaga, diaorg akn ingatkn kite, bila tgk amal diaorg, kite kn rasa jeles n nk tingkatkn lg amal kite..

lps solat, kite bace mathurat dgn diaorg

pagi2, diaorg kejut kite qiam..

dalam keta, tgh makan, sblm tido, bgn tido, pegi kelas, balek kelas, mesti bincang bout adeks2

kalau ckp dgn diaorg kn, mesti diaorg relate dgn hubungan dgn Allah..



kalau tension2, tgk muka diaorg...

diaorg ni suke senyum..




PSM saye.. (final year project)

sangat ramai akhwat tolong..

walaupn diaorg ni x same course dgn saye..
x same universiti,,
or maktab..
even yg dh keje

duit..
barang..
bg smgt..
tolong patri circuit.. (rumah dah mcm gotong royong cuma instead of potong2 bawang, sayur, akhawat potong wayar, patri, etc..)
teman saya stay up..
bg kereta..
teman gi sane sini..

hmm..
diaorg sentiasa ada,,

diaorg ajar saya utk redha apa pun aturan dan design Allah pada tiap kejadian..
Alhamdulillah,,

diaorg selalu ingatkn saye.. yang manusia diciptakn bersusah payah.. (surah al-balad)
kene selalu usaha.. kene hadapi jln yg penuh ujian nie.. utk terus melangkah walaupn dh x larat..

yg Islam takkan ditegakkan oleh mereka yang suke malas2 dan rasa selesa dgn hidup..

Alhamdulillah..

diaorg mmg special..


pergilah serata dunia..

perangai same je..

rela korbankan apa2 pun..

sbb diaorg buat bukan sbb kite..

tp hanya semata kerana Allah..

supaya mereka redha akan Allah, dan Allah redha akan mereka..




Alhamdulillah..

Allah satukan hati kami..




bagilah mercedes tiap sorg, rumah sebijik sorg..
tp Allah janji.. Allah je yg boleh bg kasih sayang tu
(surah anfal)

n saye sgt rase bende tuh..
Alhamdulillah..


even kalau first time jumpe.. boleh ckp mcm dh berpuluh tahun kenal.. ckp2 smpi pagi.. ttg kesyukuran hidup dengan hidayahNya.. Alhamdulillah..




kalau jumpe diaorg, rasa cam dapat hadiah percutian ke hawaii.. rasa kerehatan yang sgt rehat

kadang2 tak sabo2 nk jumpe.. smpi rindu2..



vision kami sama..
tumuhat (obsesi) kami sama..
sbb tu kalau x kenal sgt pon, boleh je trus rapat dgn diaorg..

Alhamdulillah..
sesungguhnya mereka adalah salah satu hadiah paling hebat dari Allah..
Alhamdulillah..

susah nk cari org cam diaorg ni sbnrnye..
tp senang kalau kite pandai cari.. (apekah?)
yup..
kalau berminat nk jumpe org camni,
boleh contact saye..
Alhamdulillah..
Allah ketemukan saye dgn diaorg..

Allah menemukan kami kepada satu pengertian hidup..
satu arah tuju hidup..
yang sangat jelas..
sangat jelas..

dan kehidupan ini telah membawa kami kpd satu kehidupan yg bermatlamat, best, tenang, sweet,,
walaupn cam susah nk hadapi.. tp sgt best dan manis..
apa2 pn ujian datang,, kite akan cuba hadapi dengan guidance dr Allah..
sbb Dia yang create problems tue..
and solution yang terbaik, Dia je yang tahu,, (jd kene tanye Dia ye dok?)



kesyukuran hanya semata padaNya..

" Ya Muqallibal Qulib,, Thabit qulubana A'la deenek wa ala tooati' "

"wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamaMu dan atas ketaatan padaMu.."

Alhamdulillah,,

Alhamdulillah..

syukran my dearest akhawat..

jom lari ke syurga jom?

yosh!!!!!!!!!!!!!!







Tuesday, April 19, 2011

nauzubillah..

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan qawlan sadid. (Surah an-Nisa’ [4]:9)”

Ucapkanlah “qoulan syadida”. Begitulah perintah ALLAH SWT. Perintah yang membuatkan saya, sungguh pun tersangat sibuk menjayakan tugas dan amanah sebagai seorang profesional, namun harus mencoretkan sesuatu sebagai teguran sekaligus tazkirah buat mujahidah da’wah, agar sikap dan mind-set (fikrah) tidak menyimpang daripada sikap dan fikrah sebenar seorang mujahidah da’wah.
Sangat aneh tatkala student universiti sudah pandai memberikan alasan “sibuk” untuk alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah mereka menyangka bahawa bila tiba di alam kerjaya, kesibukan itu akan hilang? Adakah mereka menyangka betapa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, adalah bukan student atau pekerja seperti mereka, sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan?
Katakan saja anda tidak cintakan Islam, kerana jika benar anda cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan anda berikan. Janganlah anda menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.
Janganlah anda menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai Cikgu, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.
(dipetik dari faridul.blogspot.com dengan edit)

Sunday, April 3, 2011

tijarah.

salam alaikum warahmatullahi ,wabarakatuh, wamaghfiratuh, waridhwanuh.. (^_^)..

subhanaAllah,,

marak hamasah berAsama akhawat membincang gerak langkah masih menyala..
subhanaAllah,
Alhamdulilah,,
pujian semata bagiNya memberi peluang untuk kita terus merase manisnya dakwah, tarbiyah, hidayah, iman..

Alhamdulillah.. (^_^)..



ayat famous..
meh kite tgk dalam2..

" Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demekian itulah kemenangan yang agung." (Attaubah : 111)

ukht,,
Allah ingin membeli sesuatu darimu..
apa yg anti sanggup gadaikan?

Allah memberi pinjam,
dan sekarang nk beli pula...

pelik bukan?
kenapa beli?
kenapa bukan jual?

Allah cakap direct : Allah beli

barangan dagangan:

diri dan harta.

meh kite list down:
-tidur
-rehat
-katil best kat bilik
-waktu study
-waktu family
-duit
-gaji
-waktu luang
-perasaan
-keselesaan
-cinta
-nama baik (fhm kan? selagi nama x buruk, maksudnye x buat apa2)
-dn seterusnya

pulangan: JANNAH DAN REDHA!

Allahu Akbar,,
jannah dan redha..

...."Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? "...

Allah dah janji ukht!
kalau kite buat betul2, Allah takkan zalimi kita. ni adalah satu realiti bukan angan kosong. insyaAllah ukht.. kita all out! allah bg jannah punya. Amin..




soalan td..

knp Allah beli?

....."Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."....

ukht,
berapa harga permata?



kenapa sgt mahal?

sbb permata ni dulu hanya golongan diraja je pakai..
golongan diraja nk pertahankn,sygkan permata tu. sbb tu untuk capai standard, hanya yang mampu je boleh miliki..

ukht,
pernah dengan tak bola besbol yg ada tandatangan ahli sukan besbol yg famous. (ana pn x kenal)

harga besbol maybe around rm40 je (yeke)

tp bila letak tandatangan : boleh sampai beribu2..! rm40k maybe?

why
why
why?

SENTIMENTAL VALUE....

kan?kan?

kerana adanya perasaan sayang pada suatu benda tu,,
menjadikan harganya mahal..

harga yang mahal seolah menjadi kayu ukur perasaan pada sesuatu barang itu..

sbb tu gmbr monalisa boleh sgt2 mahal..
perasaan si penjual terhadap barang itu..

skrg ,,

knp Allah nk membeli dari ukht?




kerana...

Dia ingin tahu..

berapakah hargaNya bagi dirimu..



adakah Dia semurah pabila ukht ada study, ukht ketepikan dia?
semurah itukah?

ataukan ibu bapamu lebih mahal dariNya?

ataukah masa rehat dan tidurmu lebih ukht kesahkan dariNya?


Ukht...

Allah ingin tahu..

berapa hargaNya bagi dirimu..

kita tengok ..

"Dan ingatlah, ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (yaitu) " Hendaklah kamu benar-benar menerangkannya (isi kitab itu) kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya, lalu mereka melemparkan (janji itu) ke belakang punggung mereka dan menjualnya dengan harga murah. Maka itu seburuk-buruk jual beli yang kamu lakukan " (Al-Imran : 183)

Allah bercerita..

ttg mereka yang dah dapat kebenaran, hidayah, tarbiyah!

kemudian..

...." mereka melemparkan (janji itu) ke belakang punggung mereka dan menjualnya dengan harga murah.".....

seolah-olah ia tak memberi apa2 makna! seolah hidayah itu tak memberi manfaat dalam hidupnya. seolah-olah Allah tidak bermakna apa2!

Nauzubillah...







ukht..

berapa harga Allah bagimu?

apa yang sanggup kau gadaikan?

apa barang daganganmu?'






pulanglah kepadaNya dengan tijarah yang terbaik denganNya ..

amin..

Wednesday, March 30, 2011

obses!

salam buat jundi2 yg sedang mem'bazlu' diri..

* bazlu = buka paip smpi habis. jihad. berhabisan. all out.


" Aku memiliki jiwa yang selalu obsesif menginginkan sesuatu. Ketika aku sampai pada sesuatu, jiwaku menginginkan yang lebih tinggi darinya. Aku telah sampai pada kekhilafan. Dan kini jiwaku menginginkan syurga" - Umar Abdul Aziz ra.

astaghfirullah..
astaghfirullah.. astaghfirullah..

iradah. keinginan, obsesi, tummuhat. sejauh mana ukht, obsesi kita sudah secara total akan dakwah ini. sejauh mana langkah amal kita sudah melangkah demi mencapai obsesi kita. dakwah ini dimulakan oleh mereka yang punya iradah tinggi akan dakwah dan tabiyah ini. kita belajar dari quran , sirah, betapa obsesi melahirkan mereka yang amat luar biasa.
melakukan langkah di luar jangka!


iradah yang kuat telah menyebabkan abu bakr membelanjakan seluruh hartanya,

hanzalah meninggalkan isteri yang baru dikahwininya,,

jaafar putus kedua tangan lantas syahid mempertahankan panji di medan perang,

mus'ab memilih Allah berbanding ibunya yang sangat dikasihi, meninggalkan segala harta, nama dan berhijrah meninggal segala..

khabab walau dipanggang hingga menitiskan lemah di badannya, namun tidak berganjak dari mempertahankan imannya..

abu ayob ansari tetap nk sertai perang walaupn umur dan keupayaan adalah halangan buatnya.

nusaibah menghantar suami, anak2nya ke medan syahid.. pabila kehabisan bekalan tenteranya, dia membekalkan dirinya..

zainab alghazali dimamah anjing tentera mesr, namun jihadnya, hatinya tetap kuat mengobsesi tiap langkah jalan juang.

subhanaAllah..!
AllahuAkbar..!
AllahuAkbar..!

kesyukuran kita melambung tinggi padaNya yang menyimpan dan memelihara seerah ini buat kita.

jika diaorg boleh, kita juga boleh ukht.!
kita obses pada dakwah n tarbiyah!
kita obses nk tegakkan khalifah!
kita obses nk tgk UA!
kita obses syurga!
kita obses untuk bertemu denganNya!

keobsesan kite (ehe) akan menyebabkan kite gile!
(video akhawat jordan :))
org tgk kita gila dakwah
gila tarbiyah.

ya ukht!
dakwah ni mmg perlukan org gila mcm kita.
hah!

kite tgk kata2 pak cik hasan:

" kita perlukan jiwa yang hidup, kuat dan kokoh. hati yang baru, yang bergelojak. perasaan sentimen yang menyala-nyala. ruhani yang terus bergerak dinamis. islam mengkehendaki dalam jiwa seorg muslim, hati yang sensitif merasakan keindahan dan keburukan. pengenalan yang lurus hingga boleh bezakan yang benar dan salah. keinginan yang kuat yang tak pernah lemah bersama kebenaran.tubuh yang sehat yang mampu memikul peran mendirikan kewajipan islam secara benar. hingga menjadikan kebiasaan yang baik untuk menerapkan keinginan yang benar, menolong kebenaran dan kebaikan. di atas kemampuan mewujudkan iradah di dalam jiwa seperti itulah, penyeru dakwah dan pengusung misi beserta pengikut mereka, menjadi syarat suksesnya mereka mencapai apa yang diinginkan"

pembentukan khilafah, kegemilangan UA yang kita nantikan memerlukan kita bekerja keras, menginfaq segala, mengorban diri.

iya, mmg susah, mmg payah, tp percayalah ukht,, Allah akan menuntun langkah kita, Dia akan menyambut tatkala kita tidak berdaya, tidak punya apa, dan meletakkan kita setinggi2nya insyaAllah!

kerna..
bukankah syurga itu mahal ukht?
bukankah Allah mahal bagi kita.?
pada ketika Allah mengofferkan businessNya, kita menjualnya dengan harga yang paling mahal ukht! kerana Dia sgt mahal. Dia tidak murah! mus'ab, khabab, sumayyah, hamzah, jaafar, khalid, abu ubaidah, abu ayob,. mereka menjual nyawa mereka kepada Allah. dan Allah membelinya.. subhanaAllah,,

sikit lagi ukht,,,
sikit lagi!
bersabarlah..

usaha lagi

infaq lagi.

kite all out ukht...

kita dah nk sampai..

ana doa kita bertemu di akhirat ..

dengan karya kita yang paling baik untuk dibentang di depan Allah nnt..

dengan jual beli yang paling mahal dengan Allah,,
amin..
doakan ana,.
ana juga doakan anti..

amin..

dari sahabat yang mencintaimu kerna agamamu..

maryam safiyah.