Thursday, January 10, 2013

menjadi ukiran terindahNya

Bazlu : All Out..

Kesan suatu tarbiyah kepada seseorang umpama ukiran di pasu..
Setiap ukiran yang ingin dibentuk perlu dihiris,
diketuk-ketuk hingga tampak sebagai hiasan yang indah
semakin detail dan halus ukirannya,
semakin mahal harganya.. :)

begitu juga kita bila ditarbiyah,
ada corak yang sangat halus dan cantik
yang ingin diukir
di sisi luar dan dalam kehidupan kita

Dan subhanaAllah..
Allah telah menunjukkan model ukiran yang sanngggaaattt cantik :
Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam.. ♥

Allah sendiri memberikan 'tips' untuk kita
cara-cara untuk mendapatkan ukiran yang cantik..:)

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami niscaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan [menuju keridhaan] Kami. ."
(Al-Ankabut : 69)

Ya, tepat dan cantik kata yang dipilih:

Jihad,
All-out,
Bersungguh!

cukup kriteria ini, maka Allah sendiri yang akan guide kita.
Guide hingga ke syurga! Allahu Akbar!

Cuma,
Kadang, kita sendiri meletakkan halangan di hadapan kita
: malas, kedekut, takut nak berkorban, lebih mementingkan urusan dunia kita..

maka saat itu sebenarnya kita meletakkan tembok besar di hadapan kita
tembok untuk Allah mengukir kita agar menjadi pasu yang cantik.

Maka selagi kita tak bersungguh,
selagi kita tak all-out,
menyerahkan diri untuk dididik,
maka selagi itulah diri kita tidak tertarbiyah dengan baik.

Kadang, ingin kita sampaikan pada sahabat kita:

"saya dah capai tahap maximum all-out saya."
"Sampai di sini sahaja saya dapat bersungguh"

Ya, setiap orang tahap all out-nya berbeza,
Dan sehingga kini pun,
masih tak ada manual dan garis panduan untuk all out.
Tak ada lagi buku yang mengatakan:

" awak buat begini begitu, maka sesungguhnya awak telah all-out!"

jika hidup ini punya manual sebegitu,
maka sungguh, manual itu tidak adil,

Kerana Allah juga memberikan keadaan yang berbeza-beza bagi tiap orang untuk all-out.
Tiap orang punya kondisi dan permasalahan yang berbeza.
Tak ada dijumpakan mereka yang mempunyai template hidup yang sama.

Maka, Ada sebuah kata- kata indah yang sering kita dengar di dalam Quran :

لايكلف الله نفساً إلا وسعها

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.." (Al-Baqarah : 286)

Ya, Allah Yang Maha adil, tidak akan sesekali memberikan kita sesuatu yang menghalang kita dari beribadah dan bersungguh keranaNya.
maka yang membezakan kita adalah sejauh mana kita mudah mengalah kepada keadaan dihadapan kita
sejauh mana kuat pergantungan dan tawakal kita kepadaNya..

lebih bersungguh usaha kita,
lebih halus ukiranNya,, insyaAllah..
Allahu Akbar..
Allahu Rabbi..

Allah ingin mengukir ukiran cantikNya terhadap kita..
dan Dan Maha Suci Allah yang tidak mengeluarkan manual seperti itu,
kerana..
Dia ingin menjadikan urusan "all-out" ini
urusan antara Dia dan diri kita sahaja.
SubhanaAllah..

Maka berusahalah..
Bersungguhlah keranaNya..

:'')

quoted and edited : kak Nik Nur ♥