Saturday, January 21, 2012

Alhamdulillah.. (^_^)..


salam,,,
moga dalam kesejahteraan iman..

:)


saya selalu kepenatan

datang lintasan-lintasan hati yang perlu selalu bersenam
meningkatkan stamina
sungguh, membentuk insan adalah suatu kerja sukar yang bukan sahaja memerah otak dan idea,
tetapi juga keringat dan ketahanan fizikal..

saya selalu keletihan
pulang ke rumah
membuka pintu dengan tank stamina yang merendah.

beberapa hari lepas,
terlalu penat
baru sudah berprogam bersama adik2,
di destinasi yg agak jauh dari rumah.
dan bbrp jam kemudian,
harus bergerak untuk perjumpaan usrah saya
yang memerlukan utk drive agak jauh juga

sungguh,
hari itu saya saannggaat penat...!
erk.

semasa bertinju dengan rasa mengantuk semasa memandu + sesat di tgh bndr..

terngiang2 kata..

"awak ni gila usrah!"
heh, tersenyum sendiri.

kata-kata dari seorang yang sgt dekat dengan ku.
saat dia melihat seolah saya tidak pedulikan apa melainkan usrah
(erk. silap sndiri juga)

saat itu juga teringat video dari akhawat jordan ttg tafsir quran dari UQY ttg Allah menyakinkan Rasul bahawa dia tidak gila.

tersenyum sendiri.

saat sampai.
oh, terlewat sedikit.
sedang membacakan surah al-qalam.
dam hari ini berbincang mengenai tafsir surah al-qalam.
menarik.
kupasan dari sumber tafsir yg pelbagai.

dan bercerita ttg:
" Tidaklah engkau, dengan nikmat Rabb (Tuhan) mu, seorang yang gila"
(al-Qalam : 2)

(^_^)..

nice kan?

rasanya semua pun prnah alami
situasi2 spt ini..
saat Dia memberikan sentuhan2 langsung dariNya
buat kita
bila Dia membuktikan secara langsung
akan bukti-bukti kekuasaanNya.

menyebabkan kita
sukar nk explain
bila org tanya ttg perasaan itu.

hmm..
perasaan..
bila terasa Allah fokus kpd kita..
memberi perhatian penuh
sedangkan tak layak untuk kita mendapatkannya


hmm..
InsyaAllah..
dalam jalan ni..
kita belajar mengenal Dia..

dan sungguh,
bila dah kenal..


pasti jatuh cinta..


hee....

em,,
saya bahagia...


bahagia ditarbiyah..



Alhamdulillah...
(^_^)..

Monday, January 16, 2012

لِّيَطۡمَٮِٕنَّ قَلۡبِى‌ۖ


"ukht,
ana dipanggil ke perbatasan"

apa yang ku harapkan dari kata-kata itu?

1. jangan bersedih ukht.
2. selamat tinggal..
3. moga terus melaju!
4. ........................

hati berkecamuk.
mendoakan Dia menyusun yang terbaik.

1. ana risau atas apa yang x pasti
2. .............
3. InsyaAllah, Allah dah sediakan ana dari awal. doakan ana.
4. :)

tak selamanya kita dalam kerusi yang selesa dan empuk
selesa dan bahagia
menjalan segala perancangan
apatah lagi membentuk mereka yang sedia menyerah diri

ada ketika
kita ditugas perkara yang lebih sukar dan sulit
yang lebih memerah
dan membotak kepala

kerana itu sunnatullahNya.

tarbiyah mengajar
membuang kepentingan diri
rela mengenepikan pemikiran sendiri
dan menghapus urusan-urusan sendiri

sungguh,

jalan ini kan mengajar
dan melatih ikhlas kita

melatih sumber kekuatan kita
samada dariNya semata
atas masih pada ciptaanNya.

dan sungguh,
kita juga mengharapkan
agar
Dia meletakkan kita di kondisi-kondisi seperti ini.

agar seperti kisah KhaliluLlah,
Nabi Ibrahim

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)”. Allah berfirman: “(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera”. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(al-Baqarah : 260)

قَالَ بَلَىٰ وَلَـٰكِن لِّيَطۡمَٮِٕنَّ قَلۡبِى‌ۖ
katanya...

bahkan (aku yakin dan percaya),
akan tetapi (aku memohon yang demekian adalah)...


untuk mententeramkan hatiku..
untuk menguatkan..
untuk memantapkan..

sungguh,
segala lelah
sesak nafas
segala tangis

adalah antara caraNya
untuk melatih kuat kita
melatih tawakal hanya padaNya semata

melatih percaya!
bahawa Dia akan mem'back-up'
tatkala kita tak punya apa
bahawa Dia akan menjaga dan membela
tatkala kita tak punya siapa.

SubhanaAllah
Alhamdulillah
Allahu Akbar


mohon terus menjaga kami dengan jagaanMu Ya Rabb,,

"Islam bermakna kepatuhan dan kerajinan menjalankan kewajipan kepada Allah. Islam bermakna memasrahkan diri kepada Allah. Islam bermakna mengorbankan kebebasan dan kemerdekaan diri sendiri demi Allah. "
(Syeikhuna Maududi - Dasar-dasar Islam)

Wednesday, December 21, 2011

jgn conteng arang! (^_~)



Alhamdulillah..
SubhanaAllah!

rasanya semua menyaksikan..
merasakan..
kuasa besar..
effect kepada gelombang ghurbah yang main terasa bahangnya.

subhanaAllah!

pujian sepenuhnya padaNya semata

Allahu Akbar!

insyaAllah..
hari ni rasa nak menulis ttg something yg agak personal.
(^_^)..

insyaAllah nak kongsikan bagaimana Allah mentarbiyah diri yang byk kekurangan nie..

bismillah,,
ana waktu awal2 sekola, matriks, n nk masuk u dulu,
ana rasa ana boleh digolongkan dalam golongan yang selalu pakai kemas..
(rasanya. tiba2 doubt pulak)

sblm keluar rumah akan pastikan semua matching..
biar nmpk kemas dan smart..

cuma dah masuk tahun kedua di U..
dah start tak jaga sgt..

maybe sbb (rasa) diri sibuk and tak sempat buat semua benda,,,
start menggabaikan perkara2 yang rasa tak penting..
start second year waktu tu start serious dalam dakwah,,
syura, daurah, etc..
(tp ini bukan alasan kan?)

sampaikan satu hari,
adik ana tegur waktu kami sekeluarga nak keluar makan..

"dek mmg nak pakai camni ke?"

"uh, ha ah, awat? comel what?"

"erk, suka ti awaklah"..

pastu dalam keta mama n babah pula tegur..

" dek, jangan conteng arang di muka babah n mama.."

"uh? conteng arang?"

" tgk baju tak kena dengan tudung, malu mama.."

"ah,, apekah,, (~_~)" "...



murabbi ku syg pun ada kadang2 tegur..

(hmm, bila fikir balik mcm dah tahap serious)

prnah satu ketika,
pakai tudung brown, pakai baju kurung hijau,,

jumpa akhawat semua tegur..
huuu...
ana jawab..

"antum tak nmpk ke tema hari ni?
tema pokok!
tudung mcm batang pokok, baju mcm daun..
erk, cuma pokok terbalik..
no?" (^_~)

no answers, just angguk2,,.. hahee...


tak lama kemudian ditugaskan untuk bawa usrah adik2 maktab..
bakal-bakal cekgu..
satu fasa tarbiyah yang sgt mendidik ana akan tanggungjawab yang berat dalam membina rijal-rijal penerus dakwah rasul..


hampir tiap2 mlm berkampung di situ,,
dan biasanya akan bertolak pagi2 ..
dan biasanya akan bertembung dengan student2 yang on da way ke kelas..
entah kenapa,,
ada perbezaan ketara antara ana dan mereka,,
hinggakan ana pasti mereka tahu ana ni bukan salah satu student maktab tu.. (~_~)..

selalu pujuk diri sendiri,,
"alor,, tak pe.. biasala budak2 engineering mmg camni.."

tapi lama kelamaan, bila lihat adik2 binaanku,,
hmm,, rasa malu sendiri..
sungguh, diri ini bukan qudwah yang baik!
astaghfirullah...

maka start mulakan langkah skit demi sedikit,,
dah mula sblm keluar rumah jumpa adik2,,
macm nak pegi jumpa pacar kata sahabatku,,

akan minta pendapat ahli rumah dulu
ok atau tak..
dah start fikir esok jumpa adik2 nak pakai baju apa..
mesti smart mcm diaorg!
hehe..

sekarang masih lagi usaha,,
menjadi smart dan comel spt akhawat ku yang lain..(^_^)


Alhamdulillah,,
terasa mutarrrabi mendidik murabbi..
bukankah begitu seharusnya?

proses tarbiyah yang mana didikan bukan sahaja mendidik mutarabbi, bahkan mutarabbi juga membentuk murabbinya..

cantik bukan?

Alhamdulillah,,

saling membentuk agar terhasil ukiran indah, seindah Rasul,, amin..
kerna sesungguhnya Allah ciptakan manusia ini tidak sempurna,,
untuk saling menyempurnakan..

jalan ini mengajar kita untuk berubah dan mengubah..
agar cita-cita yang tampak ideal menjadi realiti,
akhlaq yang sempurna menjadi realiti,,
seindah akhlaq Rasul..

kerana sungguh,
ia bukan suatu yang imposibble,
kerna kita punya satu sama lain,,
untuk saling menguatkan,
dan saling menyempurnkan,,

insyaAllah,,

*mood = teraaammmaatt- ammmaatt rinduuu..




Sunday, December 11, 2011

wiken yang spesel..


salam alaikum..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..tiap hari kita bangun dengan nafas yang segar,
mensyukuri Allah masih memilih kita berada di dalam kembara menujuNya..

Alhamdulillah..

walaupun tersangat la besar khilaf dan dosa serta kesilapan kita..
tak jemu Dia menegur dan menjaga kita..
Alhamdulillah..

wiken lepas sangat special..
membuatkan ana tersenyum sepanjang hari ni...
Alhamdulillah..

antara nikmat yang paling best adalah bestnya Allah dengan template perancanganNya, menyediakan buat kita manusia-manusia yang bersama-sama kita dalam perjalanan pertemuan denganNya.. amin..

dan mereka yang diutuskan sangat special..
membuatkan ana bertambah-tambah sayang padaNya..
kerna menghadiahkan ana hadiah yang sangat indah ini..

Alhamdulillah..

sisters yang super baik, super caring, super lovely,, super saiya... super supir.. hehe

wiken ini saya bertemu muka-muka yang bertahun tak ketemu..

bertemu dengan anak-anak mereka

yang dulunya dalam perut..
skrg berlari2 tak larat nk kejar

dulu comel dan kecil
skrg melihat saya penuh bersalah sbb mandi di tempat wudhu saat kami berjemaah..(hahe cumei.. habes basah bajunya..)

dulu masih belum pandai berkata-kata
sekarang menyanyikan nasyid siti khadijah (nama adik dia)..
tak sangka dia masih ingat kat ana...





Alhamdulillah..
jika dulunya datang ke program sorg2..
skrg sudah berdua, bertiga, berempat, berlima..:)

akhawat yang baru pulang dari negara sejuk..
tak tahan panas malaysia.. hahe

berpeluang menatap muka-muka yang sangat dirindu..
mereka yang dulu sama2 bermukhayyam, berkatibah bersama.
sungguh,, sangat rindu..

akhawat yang banyak membentuk kembali pandanganku terhadap ukhuwah, dan dakwah ini..
berpeluang bertemu dengan dai'e2 hebat..

juga Allah beri hadiah special menghadirkan sosok yang jauh di mata dekat di hati..
yang banyak membentuk diri ini
dan sgt sabar melayan karenah mutarabbinya yang ntah apa2 ni..(~_~)"
Alhamdulillah..

terharu dengan seorang murabbi yang punyai capaian binaan yang sangat ramai..
termasuklah diri yang hina dina ni,, erk.

dan dia masih ingat saat first time ana berjumpa dengannya

dimana.
bila.
dengan siapa.
tentang apa.
semua masih dalam memorinya.
subhanaAllah,,

masih banyak kekurangan diri ni..
kadang-kadang nama-nama akhawat pun lupa.. hmm..


hmm...


“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥

Alhamdulillah,
diberi peluang olehNya merasai sedikit daripada manisnya dan hebatnya berada di dalam siratul mustaqim ini..
moga diberi lagi peluang demi peluang dariNya,,
amin..


p/s : malam semalam makan bersama dengan seorang adik,,
tgh makan tiba2 terpacul:
"best kan join tarbiyah?"

dan dia memandang dgn muka penuh exited dan terharu..

"huu.. best.."

dan ana pun pndang dia dengan muka penuh exited dan terharu..

huu..

Alhamdulillah,,
segala puji bagiNya,,,









Wednesday, December 7, 2011

Dia..


Kerna itu Dia ada..

merangkul tatkala sungkur

membelai bila sakit

menguat tika lemah

melindung saat takut

tuntun tika sesat

memenuh tatkala kosong

menegur bila salah

menyuluh saat kelam

terima kasih ..

kerna hadir dalam perjalanan ini...







Tuesday, November 29, 2011

ibn khattab : si perindu syurga


Setitis sahaja racun, akan membunuhmu
membuatmu tak berdaya melakukan apapun
kehidupan adalah perjuangan
Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu
Tetapi kita tetap menuju fana
Maka pilihlah jalan yang paling mulia untuk kematian
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki
Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia
Yang tentu, akan melemparkanmu ke neraka

catatan peribadi ibn khattab, ikhwah Chechnya yang syahid di racun..

membaca biography si perindu syurga cukup mengetok kepalaku bertubi2
kadang bermalasan2 dan banyak beralasan.
tatkala membaca kisah-kisah mujahid, ternyata menyedarkan kita..
bahawa syurga memilih penghuninya..
dan usaha si pencari syurga memangnya bukan calang2,
bukan sekadar angan2.
bukan sekadar cita2.
bukan sekadar kisah2 indah yg dicerita..

sesungguhnya mereka adalah golongan yang berusaha keras!
mereka yang hidup seolah2 syurga sudah di genggaman tangan mereka.
hinggakan datanglah badai, ujian, nuclear, godzilla,
atau apapun,
mereka tetap utuh dan tegar.
meneruskan perjalanan mencari tiket ke syurga.

Dia berpesan kepada kita agar memilih jalan yang paling mulia untuk kematian..

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

tertarik dgn satu kisah indah:

" Suatu ketika, seorang nenek yang sudah sangat tua bertemu dengan ibnu khattab. nenek tersebut datang ke kem latihan mujahidin dan terus berjumpa dengan beliau.

Nenek itu berkata kepada ibnu khattab, "Saya hidup sudah sangat lama. saya ingin hidup tenang dan terlepas daripada cengkaman Russia, boleh menjalankan ibadah dan menegakkan hukumNya. Saya tak ingin hidup dijajah Rusia."

"Lalu apa yang boleh nenek sumbangkan untuk mujahidin yang sedang memperjuangkan cita-cita itu?" Tanya Ibnu Khattab ramah.

" Saya tak memiliki apa pun untuk disumbangkan kepada para pejuang . Saya hanya memiliki jaket yang saya pakai ini, dan akan saya berikan kepada para mujahidin yang berjuang di jalan Allah. " Lalu nenek tersebut membuka jaket dan menghulurkannya kepada Ibnu Khattab.

Lelaki yang tegap berambut ikal itu pun teresak menangis kerana terharu dengan semangat serta kegigihan rakyat chechnya mempertahankan kemerdekaan negara itu.

Ya Rabb,
sesungguhnya jika dibandingkan amalan kami dengan mereka,
amatlah malu kami untuk persembahkannya kepadaMu..
kami mohon kepadaMu Ya RAbb,,
kurnikan kekuatan iman sebagaimana Kau hadiahkan buat mereka,
tuntun langkah kami agar dapat bersama-sama mereka di syurga..
jaga kami dari langkah yang menjauhkan kami dari syurga..
amin..
amin..
amin..





Tuesday, October 11, 2011

.....


jangan didoa kurangnya beban ujian, namun pintalah dikuatkan hati,,