Wednesday, March 30, 2011

obses!

salam buat jundi2 yg sedang mem'bazlu' diri..

* bazlu = buka paip smpi habis. jihad. berhabisan. all out.


" Aku memiliki jiwa yang selalu obsesif menginginkan sesuatu. Ketika aku sampai pada sesuatu, jiwaku menginginkan yang lebih tinggi darinya. Aku telah sampai pada kekhilafan. Dan kini jiwaku menginginkan syurga" - Umar Abdul Aziz ra.

astaghfirullah..
astaghfirullah.. astaghfirullah..

iradah. keinginan, obsesi, tummuhat. sejauh mana ukht, obsesi kita sudah secara total akan dakwah ini. sejauh mana langkah amal kita sudah melangkah demi mencapai obsesi kita. dakwah ini dimulakan oleh mereka yang punya iradah tinggi akan dakwah dan tabiyah ini. kita belajar dari quran , sirah, betapa obsesi melahirkan mereka yang amat luar biasa.
melakukan langkah di luar jangka!


iradah yang kuat telah menyebabkan abu bakr membelanjakan seluruh hartanya,

hanzalah meninggalkan isteri yang baru dikahwininya,,

jaafar putus kedua tangan lantas syahid mempertahankan panji di medan perang,

mus'ab memilih Allah berbanding ibunya yang sangat dikasihi, meninggalkan segala harta, nama dan berhijrah meninggal segala..

khabab walau dipanggang hingga menitiskan lemah di badannya, namun tidak berganjak dari mempertahankan imannya..

abu ayob ansari tetap nk sertai perang walaupn umur dan keupayaan adalah halangan buatnya.

nusaibah menghantar suami, anak2nya ke medan syahid.. pabila kehabisan bekalan tenteranya, dia membekalkan dirinya..

zainab alghazali dimamah anjing tentera mesr, namun jihadnya, hatinya tetap kuat mengobsesi tiap langkah jalan juang.

subhanaAllah..!
AllahuAkbar..!
AllahuAkbar..!

kesyukuran kita melambung tinggi padaNya yang menyimpan dan memelihara seerah ini buat kita.

jika diaorg boleh, kita juga boleh ukht.!
kita obses pada dakwah n tarbiyah!
kita obses nk tegakkan khalifah!
kita obses nk tgk UA!
kita obses syurga!
kita obses untuk bertemu denganNya!

keobsesan kite (ehe) akan menyebabkan kite gile!
(video akhawat jordan :))
org tgk kita gila dakwah
gila tarbiyah.

ya ukht!
dakwah ni mmg perlukan org gila mcm kita.
hah!

kite tgk kata2 pak cik hasan:

" kita perlukan jiwa yang hidup, kuat dan kokoh. hati yang baru, yang bergelojak. perasaan sentimen yang menyala-nyala. ruhani yang terus bergerak dinamis. islam mengkehendaki dalam jiwa seorg muslim, hati yang sensitif merasakan keindahan dan keburukan. pengenalan yang lurus hingga boleh bezakan yang benar dan salah. keinginan yang kuat yang tak pernah lemah bersama kebenaran.tubuh yang sehat yang mampu memikul peran mendirikan kewajipan islam secara benar. hingga menjadikan kebiasaan yang baik untuk menerapkan keinginan yang benar, menolong kebenaran dan kebaikan. di atas kemampuan mewujudkan iradah di dalam jiwa seperti itulah, penyeru dakwah dan pengusung misi beserta pengikut mereka, menjadi syarat suksesnya mereka mencapai apa yang diinginkan"

pembentukan khilafah, kegemilangan UA yang kita nantikan memerlukan kita bekerja keras, menginfaq segala, mengorban diri.

iya, mmg susah, mmg payah, tp percayalah ukht,, Allah akan menuntun langkah kita, Dia akan menyambut tatkala kita tidak berdaya, tidak punya apa, dan meletakkan kita setinggi2nya insyaAllah!

kerna..
bukankah syurga itu mahal ukht?
bukankah Allah mahal bagi kita.?
pada ketika Allah mengofferkan businessNya, kita menjualnya dengan harga yang paling mahal ukht! kerana Dia sgt mahal. Dia tidak murah! mus'ab, khabab, sumayyah, hamzah, jaafar, khalid, abu ubaidah, abu ayob,. mereka menjual nyawa mereka kepada Allah. dan Allah membelinya.. subhanaAllah,,

sikit lagi ukht,,,
sikit lagi!
bersabarlah..

usaha lagi

infaq lagi.

kite all out ukht...

kita dah nk sampai..

ana doa kita bertemu di akhirat ..

dengan karya kita yang paling baik untuk dibentang di depan Allah nnt..

dengan jual beli yang paling mahal dengan Allah,,
amin..
doakan ana,.
ana juga doakan anti..

amin..

dari sahabat yang mencintaimu kerna agamamu..

maryam safiyah.

3 comments: