Bismillah..
dakwah ini memerlukan kita untuk punya nafas panjang.
untuk berfikir jauh ke depan
kerana kita punya keluarga.
jemaah ini adalah keluarga kita
yang kita sayang
yang kita kan membesar dengannya.
yang tak ingin kita lukakan hatinya.
segala silap langkah,
x harus diulang semula
harus dibaiki dengan sabar dan nafas yang panjang
jalan ini panjang,
jangankan kerna kita terburu melihat hasilnya,
langkah kita mematikan langkah generasi selepas kita..
perubahan takkan datang dalam sebulan dua,
mungkin takkan kita ketemu sepanjang hayat kita.
tp mohonlah doa,
agar amalan diterima,
dan agar Allah memelihara dakwah ini.
pak cik, mak cik, babah, mama, ukhti, akhi,
mohon maaf,
atas segala khilaf,
dan terlanjur kata
dari 'anak kemarin sore'
No comments:
Post a Comment