Tuesday, November 29, 2011

ibn khattab : si perindu syurga


Setitis sahaja racun, akan membunuhmu
membuatmu tak berdaya melakukan apapun
kehidupan adalah perjuangan
Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu
Tetapi kita tetap menuju fana
Maka pilihlah jalan yang paling mulia untuk kematian
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki
Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia
Yang tentu, akan melemparkanmu ke neraka

catatan peribadi ibn khattab, ikhwah Chechnya yang syahid di racun..

membaca biography si perindu syurga cukup mengetok kepalaku bertubi2
kadang bermalasan2 dan banyak beralasan.
tatkala membaca kisah-kisah mujahid, ternyata menyedarkan kita..
bahawa syurga memilih penghuninya..
dan usaha si pencari syurga memangnya bukan calang2,
bukan sekadar angan2.
bukan sekadar cita2.
bukan sekadar kisah2 indah yg dicerita..

sesungguhnya mereka adalah golongan yang berusaha keras!
mereka yang hidup seolah2 syurga sudah di genggaman tangan mereka.
hinggakan datanglah badai, ujian, nuclear, godzilla,
atau apapun,
mereka tetap utuh dan tegar.
meneruskan perjalanan mencari tiket ke syurga.

Dia berpesan kepada kita agar memilih jalan yang paling mulia untuk kematian..

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

tertarik dgn satu kisah indah:

" Suatu ketika, seorang nenek yang sudah sangat tua bertemu dengan ibnu khattab. nenek tersebut datang ke kem latihan mujahidin dan terus berjumpa dengan beliau.

Nenek itu berkata kepada ibnu khattab, "Saya hidup sudah sangat lama. saya ingin hidup tenang dan terlepas daripada cengkaman Russia, boleh menjalankan ibadah dan menegakkan hukumNya. Saya tak ingin hidup dijajah Rusia."

"Lalu apa yang boleh nenek sumbangkan untuk mujahidin yang sedang memperjuangkan cita-cita itu?" Tanya Ibnu Khattab ramah.

" Saya tak memiliki apa pun untuk disumbangkan kepada para pejuang . Saya hanya memiliki jaket yang saya pakai ini, dan akan saya berikan kepada para mujahidin yang berjuang di jalan Allah. " Lalu nenek tersebut membuka jaket dan menghulurkannya kepada Ibnu Khattab.

Lelaki yang tegap berambut ikal itu pun teresak menangis kerana terharu dengan semangat serta kegigihan rakyat chechnya mempertahankan kemerdekaan negara itu.

Ya Rabb,
sesungguhnya jika dibandingkan amalan kami dengan mereka,
amatlah malu kami untuk persembahkannya kepadaMu..
kami mohon kepadaMu Ya RAbb,,
kurnikan kekuatan iman sebagaimana Kau hadiahkan buat mereka,
tuntun langkah kami agar dapat bersama-sama mereka di syurga..
jaga kami dari langkah yang menjauhkan kami dari syurga..
amin..
amin..
amin..





No comments:

Post a Comment