Sunday, June 24, 2012

Bulatan Gembira KAMI! (BGK)

Buat BGK,
dan semua yang membaca.. (^_^)



Ukhuwah itu indah bersama antum,,
Alhamdulillah sgt byk akak belajar dengan antum..

skrg hanya mampu bayangkan satu persatu wajah kesayangan hamba..:)
sambil mendoakan Allah pelihara antum,
Allah tunjukkan jalan,
serta teguhkan hati untuk hadapi ujian yang mendatang,
ujian yang semestinya lebih berat dan sukar berbanding sekarang,

sungguh,
bagi mereka yang benar2 mencari keredhaan Tuhannya,
dihadapan mereka terhampar jalan yang bukannya selesa,
jalan yang akan menuntut segala2nya dari kita..

maka beruntunglah mereka yang yakin akan janjiNya,
tatkala Dia menjanjikan segala kesusahan akan dibayar dengan harga yang jauh berganda-ganda!

beruntunglah mereka sabar dan thabat,
yang tetap teguh
tatkala yang lain tumbang satu persatu,
dijatuhkan dunia yang sangat hebat menggoda.

beruntunglah mereka yang mengejar redhaNya,
dan mengharapkan ampunan semata
tatkala yang lain hanya melihat apa dihadapanNya
bersama angan-angan kosong dan cita-cita kanak-kanak,
mengharapkan dunia yang dipilih mampu membayar harga syurga diangankan..

sungguh,
pemergian antum pasti akan membawa sebahagian besar dari hati akak,
kerana hadirnya antum membawa diri lebih dekat denganNya...






Alhamdulillah,
Alhamdulillah,

kesyukuran hanya kepadaNya yang menemukan kita,
yang menyusun pertemuan kita,
yang membaja ukhuwah kita
dan menyuburkan iman kita..

segala puji bagiNya
yang menyatukan hati mereka yang mencari jalan kepadaNya,
dan meneguhkan langkah kita,
Allahu Akbar,,

selamat berjuang akhawatku,,,
walau kita jauh,
namun hati-hati ini tidak akan mampu dipisahkan oleh kilometer..:)

berbekallah dengan sebaik2 bekal..
untuk menghadapi jalan panjang ini..

moga kita pulang padaNya,
dengan persembahan terbaik kita!
dengan preparation terbaik!
untuk dibentangkan dihadapanNya kelak,,

amin...

sayang antum liLlah..

dari k.maryam yang kelam-kabut n ntah pape..
hehe..


hehe.. dengar ckp murabbi elok2..


No comments:

Post a Comment