Thursday, October 21, 2010

today...

Today,,

Rasa sgt dekat denganNya..

Dia mengingatkan aku urusan2 penting yg aku selalu lupa..

Dia bantu ku tidak mengulang kesilapan sama,,

Dia terus menerus memberi peluang..

Terus dibuai perasaan bersamaNya..

Dibuai nasyid mengisi jiwa..

Mengingatkanku akan kasih dan cintaNya..
rahmatNya..

ku rindukan suasana Ramadhan..
merasakan satu suasana yang mengisi jiwa,,
suasana ku lihat mereka membawa suratMu dimana-mana sahaja..
aku dan mereka sujud..
mengharapkan redhaMua..
menangis agar Kau menerima amalan …

Allah,,
Alangkah indahnya bertuhankanMu..

terus membuai-buai perasaan kami dengan kasih sayangMu,,
terus menerus menunjukkan kami jalanMu..
Walau kadang kami tersasar..
Secara sengaja maupun tidak..

SubhanaAllah,,
Tahukah Cintaku,,
cintaMu sungguh indah dan mekar…
Tahukah Cintaku..
Tiap kali mengingatkanMu..
Hatiku sebak..
Terharu..
Kerana Kau terus memberi ku peluang
Peluang ..
Dan peluang..

Walau ku terus menerus memungkiri janji padaMu..

Aku bertambah sebak..
Pabila melihat kasih sayangMu..
Pada keluarga ku,,
Pada usrahku..
Pada jemaah ini..
Pada sahabat2ku..
Pada seluruh alam ini..

Tahukah Kau..

Tidak pernah ku rasakan begini rupa..
Tiada kata menggambarkan indahnya sifatMu..

Hari ini..
Aku meminta padaMu..
Meminta sesuatu yang ku yakin hanya Kau yang berhak memberi..

BalasMu sangat indah..
Kau buatku tersenyum sepanjang hari..
Kau buat perasaan ini dibuai-buai..
Kau buatku tersenyum sorg2..

Sblm ni ..
Aku tak yakin..
Ku ingat..
Hanya org2 sufi atau wali atau org hebat shj dapat berkomunikasi denganMu..

Tiba-tiba..

Kau berkata-kata..

Melalui surat-suratMu..
Patutla Kau suruh berulang kali untuk aku membacanya..
Rupa2 Kau ingin berkata2 dengan ku,,, (^_^)…

Bila Kau mula berkata-kata..

Aku kaget..
Terkejut..
Eh,,
Benarkah?
Benarkah Dia membalas ?

Masihku ingat kata-kataMu..
Yang menjadi peganganku hingga ke hari ni..


Masih ku ingat peristiwa itu..
Aku duduk bersimpuh di tepi katil,,
Setelah zohr..
Setelah ku meminta padaMu..
Agar tunjukkan pada ku jalanMu..
Ku meminta padaMu..
Pilihlah aku..
Pilihlah aku..
Agar ku menjadi feveretMu..
Aku mahu tahu caranya..
Bagaimana?
Siapa?
Kat mana?

Macam2 aku buat..
Ntah pape ntah..
Tergelak bila ingat balik..


Ku buka helaianMu..
Terus Kau berkata-kata..

“Dan orang-orang yang berjihad mencari keredhaan Kami.., Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.”.. (Al-Ankabut:69)

Kau berikan syarat..
Kau minta ku berjihad..
Minta ku cari dengan bersungguh-sungguh..
Minta ku meminta dengan bersungguh-sungguh…

Tuhan..
Aku bersyukur,,
Kau tunjukkan JalanMu..

Aku yakin..
Inilah dia..
Inilah dia..

Jalan yang Kau katakan dalam suratMu,
Jalan yang kau ceritakan padaku,,

Kau jaga sirah nabawiyah,,
Agar tidak dicemar..
Agar ia sampai kepada kami..
Agar ia menjadi pelajaran kami..

Kau katakan ikut satu2..
Kau ceritakan pada kami..
Apa ujian2 yang Kau akan berikan..
Agar kami berhati-hati dalam langkah..

subhanaAllah..
kasih sayangMu terlalu hebat..
ku doakn rasa hatiku ini..
didengari oleh mereka yang ingin bersamaMu..
ingin mengenaliMu..

ku ingin khabarkan kepada mereka..
bahwa yang Kau katakana adalah benar..

yang Kau dekat..
yang Kau lebih dekat dari urat leher (veins)

lupa plak nk habiskan cerita tadi..

Hari ini..
Aku meminta padaMu..
Meminta sesuatu yang ku yakin hanya Kau yang berhak memberi..

BalasMu sangat indah..
Kau buatku tersenyum sepanjang hari..
Kau buat perasaan ini dibuai-buai..
Kau buatku tersenyum sorg2..

Kau membalas..
(^_^)*..

:
“Apa sahaja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahanNya, maka tidak ada yang sanggup melepaskannya setelah itu. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana (2) Wahai manusia,, Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka mengapa kamu berpaling…(3)”
(Al-Fathir)

Mabuk cinta ~~
(^_~)**

No comments:

Post a Comment