Sunday, November 21, 2010

sangka

tiap dari kita
ada sangkaan..
kadang-kadang
sangka baik
kadang-kadang
sangka buruk..

ia kan sentiasa bermain di benak fikiran kita
tiap orang yang kita kenal
kita lihat
kita bercakap dengan

tiap mereka
ada tanggapan kita yang sendiri
ada perspektif kita

kalau ok,
baek sikit,,
tanggapan kita
menjurus kepada kebaikan
sentiasa berbaik sangka
kita akan defend kalau org berkata buruk padanya
tak pun memuji-muji dikala dia tiada

kalau tak suka
tak rapat sgt
tak de hubungan yg baik sgt
mungkin tanggapan kita padanya
cenderung atas keburukannya
menokok tambah pabila bercerita ttg aibnya
tak pun kadang2 berkata ttg perkara yang tak sepatutnya,,

hm,,
tiap dari mempunyai tanggapan..
itu adalah hak kita,,

tapi

ia bukan hak kita untuk menyampaikn secara zahir akan tanggapan itu.
kerana
pabila tanggapan kita bukanla suatu yang haq, benar,
ianya kan menjadi fitnah
kan menzalimi dia.

pabila membincangkan dia di dalam meeting
syura
usrah
tak pun hanya bual kosong sesama kita

pabila kita menyampaikan yang bukan haq
dia tak punya ruang untuk bela dirinya
atas kezaliman yang kau perlakukan terhadapnya,,

dan ia kan menjadi buih dosa buatmu.

ingatan buat diriku juga.

tiap dari kita punya tanggapan
tapi

simpanlah di dalam diri
hingga kau benar-benar pasti yang mana yang haq.

kita dah lama ditarbiyah
bertahun-tahun
beratus usrah
beratus halaqah
berpuluh rehlah
berpuluh daurah
berpuluh katibah
berbelas mukhayyam

bermacam buku dibedah
dikorek
disembelih

tapi bila perkara sebegini datang
kita seperti orang yang langsung tiada tarbiyah.

seperti tarbiyah tidak mencorak apa-apa

pesan buat diriku juga.

3 comments:

  1. kekhilafan manusia sering brlaku...
    moga kte sme2 berusaha utk memprbaiki diri yg serba kekurgn..
    syukran ukhti..
    atas peringatan..

    ReplyDelete
  2. sama-sama benamkan benih tarbiyah
    siram betul2
    agar mekar dgn bunga akhlaq
    amin..

    ReplyDelete
  3. syukran ,safiyah..atas nasihat nti..(^_^)

    ReplyDelete