Wednesday, April 27, 2011

syeikh ahmad yasin kami..


Adik, ingat tak saat itu..

Saat kita di rumah dakwah kita..

Saat kau menggetar hati dan perasaan kami..

Bercerita ttg kerinduan kita akan dia, Muhammad Rasulullah..

Betapa kita lakukan semua ini atas kecintaan padanya..


Adik,

Akak rindu tatkala kita halaqah cinta

Akak rindu tawa riangmu..

Pernah ku khabarkan padamu betapa tawamu menggelikan hati..

Pernah ku khabarkan bahawa kasih dan sayangmu sgt dekat di hatiku..



Adik..

Sabar ya dik..

Akak tahu sakit,,,



Tapi..



Ia sakit yang membasuh khilafmu dik..

Andai mampu ku pindahkan rasa sakit itu..

Ku buang jauh2..

Agar ia tak dekat lagi denganmu..

Agar ia tidak bermain disekitarmu..

Agar ia tidak mengganggumu



Adik,

Tatkala air mata ini bergenang..

Ku tahu kau kuat..

Ku tahu kau mampu..

Namun, hati ini menangis..

Kerna hati ini x mampu membendung rasa kasihan padamu..

Hati ini rasa tak mampu, jika dibebani ujian yang sama..



Dik,

Maafkan akak,,

Andai x bersamamu

Dalam langkah yang payah ini…



Namun ketahuilah

Walau ku jauh,,

Doa dan harapan mengiringi tiap langkahmu..



Dik,

Kaulah syeikh ahmad yasin kami..

Yang berdiri tegar walau jasadnya lumpuh

Yang menggoncang saff musuh walau dia masih di kerusi rodanya..



Lantas..

Dia pulang padaNya..

Dengan bukti kesyahidannya..



Terus berlari dik..

Terus berjuang..

Hingga tubuhmu hancur luluh



Agar dapat kau buktikan padaNya

Akan kecintaanmu padaNya…



Dik,

Jangan pernah putus harap..

Jangan sekali berburuk sangka padaNya..


Dia kan menuntun langkahmu..

Dia kan menguat gerak dayamu..

Dia kan bersamamu walau andai dunia membuangmu..



Dik,

Perjalananmu masih jauh..

Dihadapanmu ..

Terhampar jalan yang sangat sukar dan payah..



Ku risau..

Andai antara kita berdua…

Ada yang tidak sampai ke hujungnya..

Tangisan semata takkan mampu membawa kita ke hujung jalan…



Teruslah berlari dik..

Berlarilah dengan jiwa ragamu..

Korbankan semuanya..

dan berilah jasad dan hatimu padaNya..



Dengan redhaNya..

Berlarilah..

2 comments:

  1. subhanallah..tiada kata mampu menterjemah rasa..kalau syera jadi syeikh ahmad yassin kami, sy juga nak jadi mcam dr.aziz rantisi!allahuakbar!

    ReplyDelete