Thursday, May 26, 2011

kembali..

"dakwah ini x menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. orang yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah akan hidup bersamanya. orang yang tak bersedia menanggung tanggungjawab ini akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh. Justeru Allah akan menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendukung dakwah ini!"
-syeikhuna Hassan Al-Banna.

astaghfirullah
astaghfirullah

mohon lindungan dari Allah ttg apa yang bakal ku katakan
mohon kekuatan dariNya untuk terus kekalkan kita di jalan ini..

hati goncang memikirkan kata-kata syeikhuna.
kita gelisah, andai kita tercicir bersama yang memeluk tubuh..
astaghfirullah,
nauzubillah..

makin lama,,
jalannya makin susah
makin memerah segala apa yang ada pada kita
makin menuntut dan meminta-minta
ttg apa yang telah kita janjikan padaNya..

kadang,
takut beralasan..
kerana alasan adalah pintu kepada futurnya seorang daie.

teringat kata-kata seorang sahabat:
"ana tak suka meng'explain' alasan. bila ana ada hal, maksudnya ana ada hal. tk suka antum tanya2"

astaghfirullah.
kami beristighfar panjang.

tak kurang juga,
adikku yang ku lihat pembinaannya dari hari ke hari:
"dek (panggilan ana kat umah(^_^)), kak (....) ckp dia tak boleh gi daurah. dia banyak keje. nak ckp apa kat dia?"

sedangkan, baru sahaja beberapa hari lepas kami bercerita ttg "contract" (syahadatain) yang telah di'sign'.
ttg ayat2Nya yang mengecam mereka yang berpaling dari contract yang telah diikat.

"ckp kat dia, cuba bg alasan tu kat Allah. tengok Allah jawab mcmmana.."

astaghfirullah..
astaghfirullah...



kadang-kadang..
langkah kita tersadung,,
kadang-kadang..
kita penat.
kadang-kadang..
kita hampir menuturkan " ana dah tak larat dah.."
kita hampir menuturkan " ana rasa nak lari dari semua nie.."


tak sedikit keluhan-keluhan
yang kita pernah dengar dari akhawat kita..

tp kita faham..
sbb kita juga alami..

dakwah ini mmg akan menuntut segalanya dari kita.
masa,
perasaan,
kawan-kawan,
family (parent terutama)

hati kita kan terluka,
tubuh kita penat travel, x cukup rehat,
kadang2 kita terkejut dan termenung dpn ATM.
kita kan berhadapan dgn situasi yang sgt2 x ideal.
bukan yg kita gambarkan.


ukht.. dengar kata-kata nie ukht..

" Manusia yang paling layak disebut ada kehormatan, keagungan, karamah, ialah seorang hamba yang jiwanya lemah, longlai, semata-mata untuk menjaga agamanya"
-abu amar. (syeikh muntalaq)


dan mari kita lihat jawapanNya...:

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji sehingga kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu."
(Muhammad : 31)

" Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan , dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata " Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
(al-baqarah: 213)

ukht,
selama nie..
kenapa pun kita buat kerja dakwah nie?

kita nak Allah redha dengan kehidupan kita..
nak sangat..
dan hidup di bawah lembayung hidayah telah memberikan kita hidup yang penuh makna, Alhamdulillah..
Allah dengan limpah kasih sayangNya, mengajarkan dan mengilhamkan, serta menunjuk jalan buat kita..
Alhamdulillah..

tak boleh tidak.. (la Budda)
Dia buat kita rasa sgt special berbanding manusia lain..
bila Dia fahamkan kita ttg kehidupan yang sepatutnya,
yang tak semua faham..
Alhamdulillah...

Dia tuntun langkah kita,,
satu-satu Dia tunjuk dan fahamkan..
walau kadang-kadang kita lari..
tapi dengan rahmahNya yang melimpah ruah,
tetap tarik kita kembali dalam dakapan hidayahNya,,
Alhamdulillah..

lupakah anti ukht,, akan perasaan ini?
perasaan hidup bagai di alam fantasi pabila Dia berkata-kata dengan kita..
pabila Dia sehati seiring bersama kita ,
membantu kita hadapi ujian-ujian..

ukht,
teguran ini buat diri ana dan ukht juga..

kadang-kadang ukht,

bila kita dah selesa,,
bersenang-senang dan berfoya bersama keluarga tercinta..

kita tak sedar...
kita ketepikan Dia..

ukht,
berapa sebenarnya harga Allah dalam hati mu..

tindakan
keputusan
pengorbananmu

itulah yang kan menggambarkan hargaNya bagi mu..

Dia sgt mahal bagi kita ukht..


jom,
kita istighfar..
dan susun langkah kita kembali..
jom ukht..

3 comments: